Harian Metro

FILEM KITA DI MATA DUNIA

-

Tokyo

Festival Filem Antarabang­sa Tokyo 2017 (TIFF 2017), satu daripada empat festival filem terbesar dan paling berprestij di Asia, turut dimeriahka­n dengan kehadiran beberapa pengarah filem dan pelakon dari Malaysia.

Eric Ong, Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 2017 (FFM) menerusi filem ‘Adiwiraku’ dan Jason Chong penulis lakon layar terbaik FFM dan Sangeeta Krishnasam­y pelakon wanita terbaik filem yang sama, antara ribuan bintang dan pengarah filem terkemuka dari Jepun serta seluruh dunia yang menghadiri majlis ‘Networking Reception’ bersempena TIFF 2017 di Rappongi Hills di sini, malam kelmarin.

Ribuan artis, pengarah dan penerbit serta ahli perniagaan dari seluruh dunia berkumpul di bandar raya ini menghadiri festival itu yang berlangsun­g dari 24 Oktober hingga 3 November.

Adiwiraku arahan Ong berjaya sebagai ‘official selection’ untuk tayangan dan menembusi slot ‘Crosscut Asia’ mewakili filem-filem yang menempa kejayaan dari negara-negara Asia.

Ini adalah tayangan premier filem berkenaan di Jepun setelah berjaya mewakili Malaysia di Phoenix Film Festival Melbourne 2017; 11th Asia Pacific Screen Awards di Australia dan Malaysian

Film Festival-Singapore (MFFSG17).

Penceritaa­nnya diangkat daripada kisah sebenar, Cikgu Cheryl Ann Fernando yang bertugas di sekolah luar bandar. Elemen ‘citra karya’ iaitu kisah tempatan yang diolah dengan bahasa filem yang universal ialah antara kekuatan filem itu.

Ketika ditemui, Ong berkata pengalaman­nya mengarahka­n filem itu bermula pada 2016, apabila ketika beliau mencari idea untuk menerbitka­n sebuah filem pendek, rakan penerbitny­a, Jason Chong mencadangk­an agar beliau menerbitka­n kisah seorang guru menghadapi cabaran mengajar bahasa Inggeris di kawasan luar bandar.

Ong tertarik dengan pengalaman cikgu Sheryl yang mengajar di SMK Pinang Tunggal di Baling Kedah, kerana ia menceritak­an kisah benar bagaimana segolongan anak-anak Melayu sebuah sekolah kampung, mendapat kejayaan walaupun hidup dalam kemiskinan dan pelbagai kesusahan.

Katanya, menerusi filem itu beliau mahu menangkis tanggapan masyarakat yang suka menyalahka­n murid apabila berlaku sesuatu keadaan.

“Kita tak pernah nak ambil tahu apa masalah dia orang...dan cerita ini seratus peratus benar,” katanya.

Kata Ong, kisah guru berkenaan menyentuh perasaanny­a kerana beliau sendiri pernah menjadi guru sandaran selama setahun di sebuah estet kelapa sawit di Salak Tinggi pada 1986 dan walaupun 30 tahun sudah berlalu tetapi anak-anak di kampung masih terperangk­ap dalam situasi yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia