Harian Metro

Pemandu treler terbabit nahas dicari

-

Polis mengesan seorang lelaki dipercayai pemandu treler bagi membantu siasatan kemalangan menyebabka­n dua maut dan tiga cedera di KM 270.3 Lebuhraya PLUS arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan

Rawat (R&R) Seremban, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Zaldino Zaludin berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai P Kanes, 29, berasal dari Bukit Rotan, Selangor.

“Polis menerima maklumat awam mengenai lelaki itu yang dipercayai memandu treler ketika kejadian dan melarikan diri.

“Hingga kini, usaha mengesanny­a giat dijalankan. Kami minta dia tampil ke Balai Polis Nilai bagi membantu siasatan,” katanya, di sini, semalam.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubung­i Ketua Bahagian Siasatan Perundanga­n Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Asisten Superinten­dan Mohammad Nasrun Ab Rahman di talian 019-3468170 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syafiq Azmy (014-5082450) atau Balai Polis Nilai (06-7991222).

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, treler tanpa muatan dari Seremban ke Nilai dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentang­an dan merempuh Perodua Alza dinaiki pasangan suami isteri.

Mangsa, Lau Lian Huat, 62, dan Lim Ah Gim, 60, maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Proton Preve iaitu Azian Saleh, 45, dan Abdul Rahim Ramlee, 52, serta pemandu Waja, Mohammad Tahir Othman, 51, cedera.

 ??  ?? KANES
KANES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia