Harian Metro

SAMAN PEMILIK TANAH

-

 Keluarga budak lemas di lombong bauksit tuntut keadilan, tak mahu kejadian sama berulang

“Orang ramai perlu berfikir tiada ibu bapa yang mahu kejadian ini berlaku kepada anaknya (lemas).”

Begitu kata Nor Azila Mudzafar Shah, 32, ibu kepada Salsabila Zulkhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, yang ditemui lemas bersama rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, di sini, pada 4 Februari lalu.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, semua mangsa dikatakan bermain berhampira­n kawasan lombong sebelum seorang daripada mereka masuk ke dalamnya untuk mengambil pakaian yang terjatuh menyebabka­n dua yang lain cuba menyelamat­kannya.

Namun, ketiga-tiga mereka ditemui lemas dalam takungan ‘air merah’ itu.

Nor Azila berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga baru tiga hari berpindah ke taman perumahan itu.

“Ramai kata kami cuai tetapi tiada ibu bapa mahu ia berlaku, kami baru pindah tiga hari (ke kawasan perumahan itu). Kawasan itu tidak jauh dari rumah kami, tiada ciri keselamata­n dan kanak-kanak ini bila bermain mereka tidak fikir bahaya atau tidak.

“Penduduk kampung kata kawasan itu kering, tetapi bila ada pihak buat (perlombong­an) bauksit mereka tidak kambus (tutup) balik,” katanya pada sidang media, semalam selepas memfailkan saman terhadap pemilik tanah berkenaan menerusi peguam Mohd Harris Abdullah di Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin.

Katanya, saman itu dikemukaka­n sebagai pengajaran supaya kejadian sama tidak berulang kepada kanak-kanak lain dan bukan berpunca kecuaian ibu bapa.

Sementara itu, Mohd Sharif Awang Ngah, 50, bapa kepada Nureen Ain Juwita berkata, dia ingin menegakkan keadilan terhadap mangsa dan tidak mahu kejadian sama berulang kepada orang lain.

Dalam pada itu, Mohd Harris berkata, saman berkenaan dikemukaka­n terhadap pemilik tanah, Ng Kok Yu, beralamat di Medan Terengganu, Georgetown, Pulau Pinang.

Katanya, melalui writ saman itu, pihaknya mengemukak­an 15 alasan terhadap pemilik tanah bekas lombong bauksit terbabit bagi menuntut ganti rugi yang akan ditetapkan mahkamah kelak.

“Antara alasan adalah defendan iaitu pemilik tanah menjalanka­n kerja perlombong­an atau mengalihka­n laterit secara haram, gagal mendirikan pagar di sekeliling tapak kejadian bagi mengelak dimasuki orang ramai terutama kanak-kanak, gagal meletakkan papan tanda amaran dan gagal menimbus kolam yang dikorek untuk memastikan­nya tidak bertakung,” katanya.

Katanya, akibat kecuaian itu menyebabka­n mangsa berkenaan meninggal dunia.

 ?? Nor Azila Mudzafar Shah ?? MOHD Harris (kiri) bersama, Mohd Sharif (dua dari kiri) menunjukka­n writ saman pada sidang media, semalam. Ramai kata kami cuai, tetapi tiada ibu bapa mahu ia berlaku, kami baru pindah tiga hari (ke kawasan perumahan itu)”
Nor Azila Mudzafar Shah MOHD Harris (kiri) bersama, Mohd Sharif (dua dari kiri) menunjukka­n writ saman pada sidang media, semalam. Ramai kata kami cuai, tetapi tiada ibu bapa mahu ia berlaku, kami baru pindah tiga hari (ke kawasan perumahan itu)”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia