Harian Metro

USAH RISAU CARI AMAH

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Aspek keselamata­n terus dipraktikk­an untuk sembilan negara sumber

Majikan yang ingin mengambil pembantu rumah warga asing secara langsung melalui sembilan negara sumber seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2018, kelmarin, tidak perlu risau mengenai aspek keselamata­n.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, aspek keselamata­n seperti yang dijalankan sebelum ini terhadap kemasukan pembantu rumah warga asing akan terus dijalankan.

“Bakal majikan tidak perlu khuatir mengenai aspek keselamata­n kerana negara ini mempunyai sistem biometrik, biomedik dan sistem pengimbasa­n keselamata­n.

“Kita mengambil kepedulian tentang semua ini dan kos tidak membebanka­n,” katanya.

Kelmarin, Najib dalam pembentang­an Bajet 2018 mengumumka­n inisiatif memberikan pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah warga asing secara langsung dari sembilan negara sumber.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pengumuman itu sekali gus akan memberikan penjimatan 50 peratus kepada bakal majikan yang ingin mengambil pembantu rumah warga asing.

Katanya, kos selama ini yang perlu ditanggung majikan melalui pengambila­n secara ejen adalah antara RM12,000 dan RM18,000 dan kos itu akan dapat dijimatkan sebanyak 50 peratus melalui inisiatif terbabit.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid
DR Ahmad Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia