Harian Metro

‘Bajet tepat pada masa’ EKONOMI PANGKOR RANCAK

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Pengumuman peruntukan RM1 bilion oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2018 untuk membaiki dan menyelengg­ara sekolah daif di negeri ini tepat pada masanya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya Awang Zaidel Awang Jamil berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan mewujudkan suasana pembelajar­an dan pengajaran yang lebih kondusif.

Menurutnya, tidak dinafikan peruntukan besar diperlukan untuk membaiki dan menyelengg­ara sekolah daif di negeri ini kerana mengambil kira pelbagai faktor khususnya keadaan sesebuah sekolah yang sudah lama tidak diselengga­ra.

Pengumuman Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai disambut baik penduduk dan pekerja di pulau peranginan itu.

Pengecuali­an cukai itu tidak termasuk barangan seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor, namun status baharu pulau berkenaan membawa pelbagai manfaat dan disifatkan dapat memacu penambahan ekonomi penduduk pulau peranginan terbabit penduduk sekitar.

Kapten feri Bahtiar Baharum, 31, berkata, perubahan

dan status pulau itu dapat menarik lebih kunjungan pelancong ke Pulau Pangkor yang sememangny­a menjadi tumpuan ramai.

“Setiap minggu memang ramai pelancong datang ke sini membabitka­n trip biasa enam perjalanan pergi dan balik pada Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya.

Menurutnya, setakat ini pengangkut­an feri mencukupi dengan ada yang mampu memuatkan seramai 160 penumpang seperti yang dikendalik­annya dan ada juga boleh memuatkan 208 penumpang.

Penjaga tiket feri Suhaila Zainudin, 28, berkata, pertumbuha­n ekonomi akan semakin rancak dengan berita gembira itu biarpun ada item yang dikecualik­an dan pasti ada item lain yang boleh diketengah­kan oleh pihak berkaitan.

“Usaha ini akan menaikkan sektor pelanconga­n di Pulau Pangkor dan penjualan tiket juga akan lebih meningkat kerana feri adalah pengangkut­an utama ke situ,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk Pulau Pangkor Asmadi Teh, 54, berkata, penduduk pulau terbabit perlu merebut peluang yang ada seperti berniaga kecil-kecilan.

Tarik ramai pelancong selepas diumum pulau bebas cukai

 ??  ?? BAHTIAR
BAHTIAR
 ??  ?? AWANG Zaidel
AWANG Zaidel

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia