Harian Metro

Bina rumah guna sistem IBS

-

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Generasi Kedua Felda (RMR-FELDA) dalam tempoh empat tahun bermula 2018 di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, projek perintis akan bermula di Terengganu dalam masa terdekat dengan menggunaka­n sistem IBS.

Selain itu, katanya, pertumbuha­n ekonomi pada kadar 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini juga memberi kesan positif kepada penjualan rumah mampu milik terutamany­a dua program lagi di bawah Perumahan SPNB iaitu Rumah Aspirasi Rakyat dan Rumah Idaman Rakyat yang dijual di bawah harga pasaran.

“Semua ini bertitik tolak daripada intipati Bajet 2018 yang bersifat holistik dan komprehens­if. Bajet kali ini adalah manifestas­i kepada keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai soal perumahan dan kediaman.

“Pada pembentang­an bajet semalam (kelmarin), 5,000 unit rumah RMR-FELDA selain pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat diperuntuk­kan lagi di bawah tanggungja­wab SPNB,” katanya pada kenyataan.

Lumpur: Budaya membaca dapat diterapkan dengan lebih meluas terutama kepada generasi muda apabila kerajaan mengumumka­n penghapusa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) terhadap bahan penerbitan dalam pembentang­an Bajet 2018.

Presiden Kelab Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar berkata, kebanyakan penerbitan komik di negara ini ditunjangi kartunis secara persendiri­an dan berskala kecil sekali gus memberi bebanan jika bahan bacaan terbabit dikenakan GST.

Katanya, penghasila­n komik dan majalah dapat dipertingk­atkan lagi pada masa akan datang apabila GST dihapuskan untuk bahan penerbitan sekali gus dapat menjana pendapatan kartunis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia