Harian Metro

AKHIRNYA JADI KENYATAAN!

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Laungan Terima Kasih PM (Perdana Menteri) bergema di sekitar Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau, dekat sini, semalam apabila lebih 100 orang termasuk pengguna plaza tol itu berhimpun sebagai tanda kegembiraa­n berhubung pemansuhan tol kedua-duanya dalam Bajet 2018, kelmarin.

Mereka melahirkan kegembiraa­n dan keterujaan itu selepas sejak sekian lama memperjuan­gkan pemansuhan tol di kedua-dua plaza tol itu akhirnya didengari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam Bajet 2018 yang dibentangk­an kelmarin, Najib mengumumka­n pemansuhan kutipan tol di kedua-dua plaza tol berkenaan bermula 1 Januari 2018.

Pengumuman itu melegakan buat pengguna yang melalui kedua-dua plaza tol itu hampir setiap hari.

Himpunan kira-kira sejam Kuala Lumpur: Perjanjian konsesi membabitka­n kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor sepatutnya berakhir 31 Disember 2038 dan bukannya dalam tempoh terdekat seperti yang dihebahkan sesetengah pihak.

Hal ini bermakna pengumuman Bajet 2018 yang memansuhka­n kutipan di dua tol berkenaan dilakukan 20 tahun lebih awal sekali gus itu diketuai Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Noh berkata, pihaknya sudah lama mengusulka­n mengenai pemansuhan kutipan tol itu bukan saja di peringkat bahagian tetapi juga kabinet.

Malah katanya, pihaknya turut meminta kerajaan menghapusk­an salah satu kutipan tol itu jika tidak dapat berbuat demikian terhadap kedua-duanya.

“Sudah lama kita usulkan pemansuhan ini di peringkat UMNO setiap tahun serta dalam kabinet. Kita selalu minta kerajaan timbang semula untuk hapuskan kedua-dua tol ini.

“Kita juga merayu jika tidak boleh hapuskan kedua-duanya, hapuskan satu dan akhirnya semalam (kelmarin) hasrat itu tertunai,” katanya.

Turut hadir Penyelaras Kerajaan Persekutua­n Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

Noh berkata, pemansuhan itu tidak saja meringanka­n beban rakyat malah membantu mengurangk­an kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan itu terutama pada waktu puncak pagi

Lebih 100 pengguna teruja, gembira tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau ditutup

dan petang.

Dalam pada itu, Azhari berkata, pada 2014 mereka berhimpun di plaza tol itu untuk meminta kedua-dua tol berkenaan dihapuskan.

“Sebelum ini kami berkumpul dengan kesedihan tetapi hari ini sekali lagi kami berkumpul tetapi dengan rasa sangat gembira. Kita sudah berjuang empat tahun.

“Kita bawa memorandum secara konsisten dan terus gigih berjuang dalam memastikan perkara ini jadi kenyataan.

“Alhamdulil­lah, semalam, tanpa sebarang indikasi ataupun ‘signal’, tiba-tiba dalam bajet PM mengumumka­n pemansuhan dua tol ini. Kita pernah putus asa namun tetap teruskan mahu tol ini dihapuskan .... akhirnya ia jadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, kakitangan swasta, Zana Zainal, 35, berkata, dia menggunaka­n kedua-dua tol itu hampir setiap hari.

“Dalam setahun kos untuk tol saja RM1,000 dan apabila tol ini tiada pada tahun depan saya boleh berjimat banyak,” katanya.

 ?? Azhar ?? NOH (tengah) bersama sebahagian ahli Barisan Nasional Selangor mengadakan perhimpuna­n aman tepi jalan Batu 3, sebagai tanda terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memansuhka­n kutipan tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau pada Pembentang­an Bajet 2018....
Azhar NOH (tengah) bersama sebahagian ahli Barisan Nasional Selangor mengadakan perhimpuna­n aman tepi jalan Batu 3, sebagai tanda terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memansuhka­n kutipan tol Batu Tiga dan tol Sungai Rasau pada Pembentang­an Bajet 2018....
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia