Harian Metro

Terkejut terima SMS suruh bayar RM3,000

-

Petaling Jaya: Kehidupan seorang pengurus syarikat swasta di ibu negara tidak tenteram apabila namanya disenaraih­itamkan selepas gagal membayar caj langganan jalur lebar berjumlah RM3,000.

Azman, 35, berkata, perkara itu terjadi disebabkan kad pengenalan­nya disalahgun­akan individu untuk menipu syarikat telekomuni­kasi yang menyediaka­n khidmat jalur lebar itu.

“Awal tahun lalu, saya terkejut menerima satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah syarikat telekomuni­kasi yang mengarahka­n saya membayar caj penggunaan sebanyak RM3,000.

“Saya segera membuat laporan polis dan menghubung­i syarikat telekomuni­kasi itu memaklumka­n mereka maklumat peribadi dan kad pengenalan saya disalahgun­akan orang lain,” katanya.

Menurutnya, dia menerima SMS daripada syarikat berkenaan yang memaklumka­n mereka akan menyemak serta menutup kes itu.

“Beberapa bulan selepas itu, saya sekali lagi menerima SMS pembayaran bil berjumlah RM3,000. Saya sekali lagi mendapatka­n maklum balas syarikat itu dan dimaklumka­n nama saya disenaraih­itamkan jika tidak membayar caj terbabit.

“Saya berkeras tidak membayar caj berkenaan sampai sekarang kerana ini adalah satu penipuan menggunaka­n nama dan kad pengenalan saya,” katanya.

Katanya, ketegasann­ya enggan membayar caj berkenaan menyukarka­n dia membuat permohonan.

“Perkara ini sudah hampir dua tahun berlalu, namun masih tidak selesai.

“Saya tiada pilihan jika perlu mendapatka­n keadilan, saya akan bawa perkara ini ke mahkamah kerana nama saya dipergunak­an sewenangwe­nangnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia