Harian Metro

SONIA UBAH PEMIKIRAN REMAJA

-

memfokuska­n kepada pelajar sekolah menengah.

“Objektif utama program ini membina skil berkepemim­pinan, keyakinan dan kerja berpasukan menerusi aturan modul yang direka bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing pada masa depan.

“Kita menjalinka­n kerjasama dengan Universiti Oxford menerusi Oxentia Ltd untuk mendapatka­n tempat di kampus Lady Margaret Hall selama tujuh hari bersama pakar jemputan daripada pelbagai bidang.

“Walaupun ia boleh disifatkan percubaan pertama, ia mendapat sambutan menggalakk­an daripada ibu bapa dan sekolah apabila menerima penyertaan seramai 40 pelajar dari seluruh tanah air,” katanya yang turut mengiringi kumpulan pelajar itu Disember nanti.

Aktif dalam komuniti keusahawan­an belia, malah mewakili Malaysia di rantau ASEAN menerusi Malaysian Associatio­n of Young Entreprene­urs, Sonia Ayesha melihat penciptaan program berkenaan membuka mindanya kepada satu aspek berbeza.

Andainya sebelum ini fokus tertumpu kepada kelompok usia sepertinya, tetapi kini beliau berhadapan dengan golongan remaja yang masih di bangku persekolah­an.

Melakukan sesuatu pembaharua­n, wanita berusia 25 tahun ini perlu turun padang untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai inisiatif yang cuba diperkenal­kan.

“Program ini masih baru di Malaysia jika dibandingk­an dengan Amerika Syarikat yang

 ??  ?? INGIN mewakili wanita muda berjaya.
PROFIL
NAMA: Sonia Ayesha Rashidi
JAWATAN: Eksekutif Kanan BDEC Resources Malaysia Sdn Bhd LAHIR: 21 Februari 1992 ASAL: Subang Jaya, Selangor
PASANGAN: Nik Emir Din Nik Mohd Din PENDIDIKAN: Ijazah Berkembar Kewangan dan Pengurusan, Universiti Syracuse, New York
INGIN mewakili wanita muda berjaya. PROFIL NAMA: Sonia Ayesha Rashidi JAWATAN: Eksekutif Kanan BDEC Resources Malaysia Sdn Bhd LAHIR: 21 Februari 1992 ASAL: Subang Jaya, Selangor PASANGAN: Nik Emir Din Nik Mohd Din PENDIDIKAN: Ijazah Berkembar Kewangan dan Pengurusan, Universiti Syracuse, New York
 ??  ?? MELUNCUR ais mendisipli­nkan diri.
MELUNCUR ais mendisipli­nkan diri.
 ??  ?? TULANG belakang Sonia Ayesha.
TULANG belakang Sonia Ayesha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia