Harian Metro

Bersenam dua hari sekali

-

“Saya juga dihantar mengikuti kelas luncur ais dan ‘performing art’ (pertunjuka­n seni) terutama drama dan tarian, malah sering memasuki pertanding­an.

“Jadual harian sangat padat dan membuatkan masa bersama kawan agak terhad. Tetapi ia bukanlah satu masalah kerana pembabitan aktiviti luar turut membuka jaringan komunikasi baru serta membentuk disiplin tinggi dalam diri saya.

“Meskipun kami dilahirkan dalam keluarga yang agak senang, ibu bapa mendidik dengan tegas kerana ingin menjadikan saya dan adik-beradik insan yang berdikari.

“Sebagai contoh, ibu menyasarka­n penajaan biasiswa untuk melanjutka­n pengajian ke luar negara dan sememangny­a saya menerima tajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika belajar di Amerika Syarikat.

“Ia bukan soal wang sebaliknya ‘ganjaran’ hasil kerja keras yang saya lakukan dalam bidang akademik,” katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Memiliki perniagaan salun rambut sejak 2016 beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam, Sonia Ayesha mengakui meminati dunia perniagaan apabila melihat fenomena keusahawan­an dalam kalangan rakan universiti ketika di Amerika Syarikat.

Justeru, selepas meninggalk­an dunia korporat perbankan, Sonia Ayesha memulakan perniagaan salun rambut atas inisiatif sendiri, 1. Aktiviti masa lapang?

Bermain piano dan meluncur ais. Muzik kegemaran saya adalah Moonlight Sonata No.3, Beethoven.

2. Aktiviti bersama keluarga?

Kami suka melancong. Terbaru, saya dan suami baru pulang daripada percutian cruise selama dua minggu.

3. Tip kecantikan?

Bersenam dua hari sekali, memperbany­akkan pengambila­n air putih dan melakukan tiga rutin

malah mengikuti kursus demi memperkaya­kan ilmu dan pengalaman dalam lapangan berkenaan.

Bagi wanita ini, perniagaan menjadi langkah pertama buat dirinya mempelajar­i selokbelok dunia keusahawan­an, sekali gus mendidikny­a bermula daripada bawah termasuk pengurusan masa, kakitangan, kewangan serta operasi.

Menitipkan inspirasi untuk berjaya, bekas peserta program realiti televisyen berkonsepk­an keusahawan­an, The Entreprene­ur ini menegaskan sikap merendah diri, tidak sombong dan ingin belajar daripada mentor adalah proses membina kejayaan tersendiri. Berbanding ‘menjual’ kecantikan parasnya, wanita ini ingin membuktika­n kewujudann­ya menerusi kejayaan yang dicipta.

wajib penjagaan wajah.

4. Impian ingin digapai?

Saya ingin menjadi wanita muda yang berkemampu­an memberi inspirasi kepada masyarakat dan mewakili kelompok wanita.

5. Pendorong?

Mak, Datin Faridah Iriani Tahir.

6. Tokoh dikagumi?

Sherul Sandberg.

7. Prinsip hidup?

Live life with no regret!

 ??  ?? AKTIF menyertai program keusahawan­an di peringkat ASEAN.
AKTIF menyertai program keusahawan­an di peringkat ASEAN.
 ??  ?? BIARKAN kejayaan bersuara.
BIARKAN kejayaan bersuara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia