Harian Metro

Tadika dalam kawasan ibadat bukan Islam

-

salah jika seseorang itu menghantar anak ke tadika yang terletak dalam kawasan rumah ibadat agama lain (dan ditadbir bukan Islam) selepas mendapati kaedah pendidikan di situ bersesuaia­n dengan kehendak dan keperluan masa depan?

IBU PRIHATIN, Damansara, Selangor

asasnya menuntut ilmu adalah digalakkan selagi mana ilmu itu bukan ilmu yang diharamkan dan sia-sia seperti mempelajar­i ilmu sihir untuk diamalkan adalah dilarang. Sebaliknya, sekiranya untuk mengetahui kesesatan ilmu sihir adalah dibolehkan selepas mampu membezakan kesesatan yang terdapat dalam ilmu berkenaan.

Namun, belajar dalam kawasan ibadat agama lain adalah dikhuatiri merosakkan akidah anak, maka sememangny­a ia adalah diharamkan. Firman Allah SWT bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang padamu sebelum kamu mengikuti agama mereka.

“Katakanlah, Sesungguhn­ya petunjuk Allah itulah petunjuk

(yang sebenarnya) dan jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahua­n datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah: 120)

Sebagai ibu bapa yang bertanggun­gjawab seharusnya berasa khuatir atas pendidikan anak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap manusia dilahirkan ibunya di atas fitrah. Keduadua ibu bapanya yang menjadikan­nya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (HR Muslim)

Jika kerana keperluan ilmu itu adalah tuntutan masa hadapan seharusnya puan memilih keperluan akhirat yang lebih kekal melebihi keperluan dunia yang pasti ditinggalk­an. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia