Harian Metro

Toleransi elak terbabit upacara agama lain

-

mempunyai majikan bukan Islam yang taat pada agamanya, tetapi baik hati dan amat mengambil berat kebajikan pekerjanya. Apakah hukumnya saya tolong membelikan barangan, makanan dan melipat kertas untuk upacara sembahyang beliau? Bolehkah saya makan makanan yang ‘disembahya­ngkan’ seperti buah-buahan dan biskut untuk menjaga hatinya?

SERI, Cheras, Kuala Lumpur

Islam dilarang mengikuti acara keagamaan selain agama Islam. Inilah toleransi paling mulia dan Islam juga tidak pernah memaksa pengikut agama lain mengikut apa yang dipertangg­ungjawabka­n oleh orang Islam serta tidak memaksa mereka memeluk Islam.

Toleransi dalam Islam terbukti dengan firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang- orang kafir!” Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.” (Surah al-Kafirun)

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhn­ya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).” (Surah al-Baqarah: 255)

Justeru itu, sekiranya majikan yang baik hati, sudah pasti tidak memarahi seseorang yang bekerja dan tidak mengungkit sekiranya ia benar-benar ikhlas berbuat baik. Makanan yang telah disembahya­ng tidak boleh dimakan kerana ia sudah digunakan dalam upacara agama mereka yang diperintah­kan supaya umat Islam berkecuali.

Setidak-tidaknya makanan yang terdedah khuatir tercemar secara zahir atau batinnya.

Rasulullah SAW memerintah­kan supaya menutup makanan, sebagaiman­a sabda Baginda SAW bermaksud; “Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliara­n. Dan bila sudah masuk sebahagian waktu malam, maka biarkanlah mereka.

“Tutuplah pintu dan sebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah).

“Tutup semua bekas air kamu dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bekas makanan kalian dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan melentangk­an sesuatu di atasnya, dan padamkan lampu kalian (ketika hendak tidur).” (HR Al-Bukhari & Muslim). Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia