Harian Metro

SABAR HADAPI UJIAN ALLAH

-

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu dan sesungguhn­ya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45).

Hidup ini tidak selalu iman kita berada di atas, solat di awal waktu, sabar menahan marah, boleh terima pelbagai kutukan dan kejian tanpa rasa dendam dan kecewa.

Senyum sahaja apabila pelbagai ujian datang meyapa. Tapi apabila iman kita berada di bawah seperti puting beliung, perkara yang kecil kita akan melenting dan mengamuk.

Begitulah tahap keimanan dan kesabaran kita yang sukar dijangka. Memang mudah menyuruh seseorang bersabar kerana kita tidak berada di tempat mereka.

Tapi apabila tahap kesabaran kita sudah berada di hujung tanduk, semua orang kita maki hamun tanpa memikirkan akibat yang berlaku.

Betullah mahu berbuat baik memang kena banyak bersabar, bertenang dan muhasabah diri. Sabar mendekatka­n diri dengan Allah melalui solat dan merendahka­n diri kita depan pencipta yang Maha Agung.

Alhamdulil­lah saya amat gembira mendapat khabar berita mengenai kehamilan Datuk Seri Siti Nurhaliza barubaru ini.

Saya dapat bayangkan betapa tingginya kesabaran beliau dalam melalui ujian untuk mendapatka­n zuriat dalam perkahwina­n yang berusia 11 tahun.

Mungkin bila pandang sekeliling amat mudah orang lain yang baru berkahwin sudah bunting pelamin. Anak berderet walaupun pendapatan mereka seperti tidak mencukupi.

Kesabaran keluarga yang anak ramai pula berbeza, ujian mereka juga berbeza. Kami suami isteri pernah rasa sedih apabila masih belum menimang cahaya mata.

Walaupun isteri saya sudah tiga kali hamil, tapi Allah lebih sayangkan zuriat kami. Kami tidak perlu rasa kurang bernasib baik kerana belum dikurniaka­n zuriat kerana setiap orang ada bahagian dan ujian masing-masing.

Paling penting usaha, doa dan tawakal. Sabar itu akhlak, insyaAllah setiap ujian yang diberikan dengan penuh kesabaran akan di kira ganjaranny­a.

Saya bukan orang yang suka bercakap pasal sabar. Ia seperti satu perkataan yang tajam ketika saya dalam ujian. Jika kita faham maksud sabar pasti semuanya baik sahaja. Sabar bermaksud menahan diri dalam melaksanak­an sesuatu dan menjauhi sesuatu.

Antara perkara yang dianjurkan dalam Islam adalah sabar. Sabar secara bahasa ertinya bertahan, sebagaiman­a perkataan Jabir. Dari Jabir ia berkata: “Rasulullah SAW melarang membunuh binatang dengan cara ditahan.” (HR. Muslim).

Adapun secara istilah, sabar adalah menahan diri dalam melaksanak­an sesuatu dan menjauhi sesuatu. Sabar amat penting dalam melaksanak­an taat kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan perintahka­nlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarla­h dalam memerintah­kannya.” (Thaha: 132).

Bukan mudah untuk seseorang berbaik. Kesabaran diperlukan dalam kita melakukan kebaikan. Menjadi khalifah dalam keluarga, mendidik isteri dan anak-anak menjadi manusia yang berguna amat payah dan perlukan kesabaran yang tinggi.

Dalam ayat di atas disebutkan perintah sabar dalam melaksanak­an taat, iaitu seorang suami harus bersabar dalam memerintah­kan isterinya mengerjaka­n solat.

Saya yang mencari rezeki dalam dunia hiburan diduga dengan kesabaran menjauhkan diri daripada kemaksiata­n.

Bukan mudah, tetapi perlu kesabaran yang tinggi. Cuba sedaya upaya elak daripada berlakon yang berpeganga­n dengan pelakon wanita dan menjaga pergaulan sesama rakan artis dan peminat. Hal inilah yang terjadi pada Nabi Yusuf.

Beliau diajak berzina oleh isteri seorang al-’Aziz di tempat yang sudah aman lagi tertutup rapat, sehingga tidak mungkin ada orang yang tahu.

Selain itu, isteri al-’Aziz juga memiliki kekuasaan dan kekuatan terhadap Yusuf, namun Yusuf mampu menghindar­i ajakan berzina daripada seorang wanita yang cantik, padahal dia sendiri adalah seorang pemuda yang masih belia, sehingga sangat mudah untuk tergoda melakukan zina. Yusuf lebih memilih bersabar dalam menjauhi kemaksiata­n sehingga rela dipenjara.

Sabar yang paling kita perlukan adalah sabar dalam menerima takdir Allah. Semoga kita diberikan kesabaran yang tinggi dalam kehidupan seharian.

“Orang beriman melihat dosadosany­a seolah-olah ia duduk di bawah gunung, ia takut gunung itu menimpanya. Sementara orang yang fajir (suka berbuat dosa) melihat dosanya seperti lalat yang lewat di atas hidungnya.” (HR. Bukhari).

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia