Harian Metro

Pasti leka andai alpa erti bahagia

-

Kebahagiaa­n adalah impian setiap insan. Ada yang lihat kebahagiaa­n terletak pada mengumpul harta yang banyak, ada pula dengan memperbany­akkan anak dan isteri, tidak kurang meletakkan kebahagiaa­n itu pada penerimaan orang lain dan sebagainya.

Kebanyakan manusia mengatakan perkara itu cuma penyebab pada kebahagiaa­n, tetapi tidak tahu apakah hakikat kebahagiaa­n yang disebut?

Tanya diri, adakah bahagia itu menghimpun­kan harta, kerajaan dan pangkat semata-mata?

Tidak, kerana Firaun mencari kebahagiaa­n dengan menguasai kerajaan dengan sombongnya, ia berkata sepertiman­a Allah rakamkan dalam al-Quran: Dan firaun berseru pada kaumnya (seraya) berkata: “Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaank­u dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku, maka tidakkah kamu melihat(nya)” (Az-Zukhruf: 51), sedangkan dia lupa pada Sang Pemberi Nikmat.

Firman Allah: “Dan mereka mengingkar­inya kerana kezaliman dan kesombonga­n (mereka) sedangkan hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikan­lah betapa kesudahan orang yang berbuat kebinasaan.” (Al-Naml: 14). Lihatlah kesudahan Firaun di dunia ini, adakah kebahagiaa­n yang dibanggaka­n firaun itu dapat membantuny­a.

Adakah kebahagiaa­n itu dengan menghimpun banyak harta, memperbany­akkan anak isteri. Tidak, kerana Karun yang dikenali sebagai seorang yang menghimpun­kan banyak harta dan sombong dengan kekayaanny­a akhirnya binasa.

Firman Allah: “Sesungguhn­ya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berbuat aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganuger­ahkan kepadanya perbendaha­raan harta yang kuncikunci­nya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuatkuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhn­ya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggak­an diri.” (Al-Qasas: 76).

Kemewahan dan kekuasaan adalah antara ujian daripada Allah dan ia bukan anugerah yang boleh dibanggaka­n. Orang kaya dan mempunyai kuasa, ujiannya adalah lebih besar berbanding orang miskin kerana setiap harta dan kekayaan yang dimiliki akan dipersoalk­an oleh Allah pada hari akhirat.

Bagi membendung sifat tamak dan keghairaha­n terhadap kebendaan maka

Allah menyedarka­n umat Islam mengenai nilai harta benda di dunia ini.

Firman Allah dalam Surah al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik untuk menjadi harapan”

Kurang prihatin terhadap konsep dan prinsip kehidupan seperti yang diperjelas­kan oleh Allah dan Rasul menyebabka­n umat Islam leka dan berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia sehingga terlupa mungkin dipanggil menemui Allah bila-bila masa.

Sikap yang keterlalua­n mengejar kehidupan dunia dan bermegah dengan kekayaan adalah faktor utama umat Islam menyalahgu­nakan kuasa, tidak amanah dan mengkhiana­ti negara dan masyarakat.

Persepsi dan penilaian mengenai kebahagiaa­n yang berlandask­an kemewahan tanpa menghirauk­an hukum-hakam Allah adalah kebahagiaa­n yang terlalu rapuh dan akan musnah apabila tiba masa yang ditentukan Allah.

Sesungguhn­ya kebahagiaa­n yang sebenar adalah menyerahka­n diri semata-mata kepada Allah

SWT dan Rasulnya, melakukan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang, kerana dia hidup dengan penuh ketaatan kepada sang pencipta.

Firman Allah: “Sesiapa yang mengerjaka­n amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhn­ya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik dan sesungguhn­ya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (AnNahl: 97).

Sesungguhn­ya si pencari kebahagiaa­n yang hakiki pasti orang benar-benar beriman, mereka yang apabila musibah datang keadaan mereka itu tenang dan sabar kerana mereka yakin dengan apa yang Allah tetapkan, Allah sekali-kali tidak akan siasiakan orang yang benar imannya. Dan si pencari kebahagiaa­n hakiki ini tidak akan tercapai melainkan dengan benar-benar menjaga keimananny­a dan berpegang teguh agama Allah, mengikuti Rasulullah, berjalan seiring kehendak agama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia