Harian Metro

Gaduh kerana bebanan hutang

-

Saya mempunyai masalah dengan isteri kerana kerap mengadu kepada keluargany­a. Kami mengalami masalah kewangan sehingga meminta bantuan bagi pembayaran motosikal. Mujur kami tinggal di kuarters, dapat berjimat.

Saya terpaksa menggunaka­n simpanan isteri bagi menyelesai­kan pinjaman. Saya buat pinjaman bukan untuk lain tetapi ingin mulakan perniagaan. Akibat salah percaturan, perniagaan gagal dan kini dibebani hutang.

Mujur bank sanggup strukturka­n kembali pinjaman. Isteri berkata dia tidak tahan dengan bebanan hutang.

Malah dia kerap mengadu hal itu kepada ibunya dan kami bergaduh. Saya tahu bebanan hutang itu membuatkan hidup kami tidak sesenang dulu. Saya tertekan dan apa perlu saya lakukan?

AYEM, Kuala Lumpur Berdasar hadis Ibn Majah

RA , diriwayatk­an oleh Ibn Abbas, Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik wanita adalah bila dipandang, ia menyenangk­an dirimu, dan bila diperintah dia taat, dan bila kau tiada, dia menjaga dirinya dan hartamu.”

Kalau direnung personalit­i dimiliki si isteri, sikapnya amat berlainan dengan ciri wanita baik. Sebaik-baiknya saudara selaku ketua keluarga memainkan peranan agar isteri menghormat­i serta menjaga keaiban rumah tangga.

Saudara seharusnya berusaha menenteram­kan isteri dan tahu kaedah memujuknya. Sudah menjadi adat hidup berumah tangga, setiap hubungan ada pasang surutnya.

Justeru tangani isu itu dengan bersabar serta bersemuka dengan keluarga isteri dengan harapan mereka membantu menasihati isteri selain memberi ruang kepada saudara untuk menyelesai­kan isu berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia