Harian Metro

Kekasih ibu kaki kikis

-

Ibu saya bercerai dengan bapa empat tahun lalu, dan kini menjalin hubungan dengan lelaki muda 10 tahun darinya. Saya kurang senang dengan calon pilihan ibu kerana sikapnya seperti ‘pisau cukur’ dan sering menghubung­i ibu meminta bantuan.

Malah ibu saya sering meminjamka­n wang dan kereta kepada teman lelakinya. Lelaki itu juga dilihat cuba ‘membeli’ jiwa saya apabila sering mengajak saya keluar bersama. Tetapi saya tidak selesa dan meminta ibu mengelak bertemu dengan kekasihnya. Saya maklumkan hal itu kepada bapa tetapi dia meminta saya yang memujuk. Apa perlu saya lakukan?

GI G Kuala Lumpur

Ibu yang dilamun cinta ibaratnya seperti ‘majnun’ sudah mabuk cinta. Meskipun saudari menghalang hubungan itu membuatkan ibu marah serta kecewa, itu lebih baik daripada dia menjadi mangsa kepada lelaki kaki kikis.

Ibu pada usia dewasa ini seharusnya bersikap relevan dan meletakkan saudari sebagai keutamaan selain mencari pasangan lebih kredibilit­i untuk menjadi pelindung keluarga. Tidak mudah sebenarnya menasihati serta menegur individu lebih dewasa tetapi mengenai isu ini tiada lain lebih sesuai melainkan saudari.

Tambah pula bapa enggan campur tangan dalam urusan itu, hanya tinggal saudari calon layan untuk menegur ibu.

Andainya menggunaka­n orang ketiga atau kenalan ibu, Dang Setia bimbang lebih banyak keaiban mengenai hubungan itu akan terbuka. Justeru tekadkan diri dan fikirkan saudari menegur ibu untuk ketenteram­an bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia