Harian Metro

CERITA 900KM

-

Warga emas ulang alik ziarah bapa mentua dari SP ke PD

kerana ia hobi ketika berusia 20 tahun,” katanya.

Menurutnya, dia kematian isteri pertama pada 2008 dan selepas itu gemar mengembara bersama motosikal bersendiri­an.

“Saya memiliki sembilan anak berusia 32 hingga 47 tahun yang menetap di Kuala Lumpur dan Bangi, Selangor. Jika saya merindui mereka, saya akan menunggang motosikal dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

“Anak-anak memang marah kerana bimbangkan keselamata­n dan mereka meminta menaiki pengangkut­an awam. Saya beritahu jangan halang minat saya,” katanya yang memiliki 25 cucu.

Pak Non berkata, selepas berkahwin baru pada 2014, isterinya dikenali Ida adalah peneman setia dan sanggup bersama-sama menunggang motosikal.

“Sekarang ini, setiap tiga bulan sekali saya pulang ke Port Dickson menziarahi bapa mertua berusia 73 tahun. Dia kini menghidap penyakit tua dan meredah perjalanan pergi dan balik lebih 900 kilometer adalah perkara biasa,” katanya.

Menurut Paknon, sewaktu di usia muda dia memiliki banyak motosikal ‘kapcai’ antaranya Honda C70, Honda Fame dan beberapa model lain motosikal terbabit.

Katanya, bagi menempuh perjalanan dari Sungai Petani hingga ke daerah ini, dia memerlukan lima jam.

“Alhamdulil­lah, saya tidak berdepan masalah kesihatan seperti sakit tulang bekalang, sakit urat dan sebagainya. Dalam perjalanan, saya dan isteri sekadar berhenti untuk mengisi petrol, makan dan menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, dia pernah dibawa menaiki kereta oleh anaknya dari Sungai Petani hingga ke Bangi namun berasa letih dan bosan.

“Disebabkan itu saya memilih menunggang motosikal dan ia sudah sebati lebih 50 tahun,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PAK Non bersama motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang­nya dari Sungai Petani ke Port Dickson ketika ditemui di rumah bapa mentuanya di Taman Intan Duyung, Port Dickson.
PAK Non bersama motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang­nya dari Sungai Petani ke Port Dickson ketika ditemui di rumah bapa mentuanya di Taman Intan Duyung, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia