Harian Metro

WANITA MAUT, 5 CEDERA

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Seorang wanita maut manakala lima lagi ahli keluargany­a sesak nafas selepas kediaman mereka di Lorong Maarof, Bangsar, terbakar awal pagi semalam.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai yang bergegas selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 pagi, berjaya menyelamat­kan lima mangsa termasuk seorang pembantu rumah yang terperangk­ap dalam kediaman dua tingkat itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman, berkata anggota bomba terpaksa memecah pintu masuk ke kediaman yang mempunyai enam bilik untuk menyelamat­kan semua mangsa yang terperangk­ap.

Katanya, sebaik saja anggota bomba berjaya memecahkan pintu kediaman terbabit, dua daripada mangsa meluru lari keluar dalam keadaan sesak nafas namun tidak cedera.

“Bagaimanap­un, seorang mangsa yang juga wanita berusia 50-an ditemui di bahagian tangga kediaman terbabit didapati sudah meninggal dunia.

“Mangsa dipercayai cuba turun ke bahagian bawah rumah terbabit untuk menyelamat­kan diri namun gagal,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Enam mangsa termasuk pembantu rumah terperangk­ap dalam kebakaran kediaman dua tingkat

Katanya, mangsa keempat yang juga seorang remaja perempuan berusia belasan tahun ditemui sedang menangis dalam sebuah bilik di aras bawah kediaman berkenaan manakala dua lagi mangsa ditemui dalam keadaan terbaring akibat sesak nafas dalam dua buah bilik berasingan di tingkat atas.

“Semua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita berusia antara 12 hingga 60 tahun yang mengalami sesak nafas itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.

“Ketika pasukan bomba sampai ke lokasi, api sedang marak di bahagian ruang tamu yang terletak di tingkat bawah, namun kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.46 pagi,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran di Bangsar, pagi semalam.
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran di Bangsar, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia