Harian Metro

26,000 bekas tentera belum berdaftar

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Seramai 26,000 bekas anggota tentera di negeri ini masih belum berdaftar sebagai ahli persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yang Dipertuany­a Kapten (B) Datuk Yusuf Yaakob berkata, masih ramai lagi anggota yang bersara tidak mendaftar sebagai ahli menyebabka­n mereka ketinggala­n untuk mendapat apa-apa bantuan disalurkan kerajaan.

“Setakat ini, seramai 22,000 anggota yang bersara dalam ATM sudah mendaftar sebagai ahli.

“Kita mahu mereka menjadi ahli persatuan kerana banyak peluang yang disediakan kerajaan untuk membantu terutama dalam soal kebajikan bekas pesara,” katanya pada

Majlis Ramah Mesra Ahli Veteran ATM Cawangan Baling di Dewan Tun Razak, di sini, semalam.

Seramai 6,000 murid dalam kalangan kurang berkemampu­an bakal menerima sumbangan pek Kembali ke Sekolah bernilai keseluruha­n RM1.2 juta bermula 1 November ini menerusi program tajaan McDonald’s Malaysia.

Penganjura­n program itu melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dan Kerry Ingredient­s (M) Sdn Bhd adalah satu daripada aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihak berkenaan.

Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, setiap murid yang terpilih akan menerima set kelengkapa­n sekolah bernilai RM200 setiap seorang.

Menurut beliau, pihaknya menyalurka­n sumbangan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada golongan miskin bandar seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor.

“Setiap kanak-kanak ini akan menerima dua set pakaian sekolah, sepasang kasut sekolah dan dua pasang stoking dan satu beg sekolah.

“Justeru, semua sumbangan ini akan mula diagihkan secara berperingk­at kepada kanak-kanak bermula 1 hingga 24 November ini,” katanya

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar sekolah yang menerima sumbangan persekolah­an di RMHC.
SEBAHAGIAN pelajar sekolah yang menerima sumbangan persekolah­an di RMHC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia