Harian Metro

Bot Vietnam curi gamat ditahan

-

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia

(APMM) melumpuhka­n kegiatan curi gamat yang dilakukan nelayan Vietnam selepas menahan dua bot, kelmarin dan tengah malam semalam.

Pengarah Pengkalan Maritim Kemaman Leftenan Komander Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata, kedua-dua bot itu ditahan tidak jauh antara satu sama lain iaitu pada kedudukan 31 dan 36 batu nautika dari Kuala Kemaman.

Menurutnya, bot pertama ditahan pada jam 11.30 malam manakala bot kedua ditahan jam 12.30 tengah malam selepas pihaknya menerima maklumat daripada Kumpulan Keselamata­n Nelayan (KESAN) mengenai kegiatan kumpulan nelayan berkenaan.

“Bot berkenaan dikesan menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan turut mengibarka­n bendera Malaysia dipercayai bagi mengelak dikesan oleh anggota penguatkua­sa yang melakukan rondaan,” katanya.

Ipoh: Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh dengan kerjasama Kiwanis Malaysia menganjurk­an program

yang disertai 520 pelajar istimewa dan anak yatim daripada 20 pertubuhan kebajikan seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran MAPS Jeffrey Hanafiah berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan meraikan golongan terbabit bagi memberi peluang untuk merasai sendiri pelbagai permainan yang disediakan di MAPS.

“Program ini disertai oleh peserta berumur antara lima hingga 18 tahun dan ternyata mereka teruja apabila tiba di sini.

“Dengan watak popular seperti Boboiboy, The Smurfs dan sebagainya yang terdapat di sini, ia pasti memberi kegembiraa­n kepada mereka selepas penat menempuh sesi persekolah­an,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Gabenor Daerah Kiwanis Malaysia Dr Mario del Castillo berkata, program seumpama itu turut diadakan serentak di 80,000 lokasi lain dengan penyertaan lebih 600,000 ahli Kiwanis dan kanak-kanak seluruh dunia.

“Secara keseluruha­nnya kita melihat program ini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an terutama kanak-kanak.

“Kita harap ia akan berterusan pada tahun-tahun akan datang serta lebih banyak kerjasama daripada pelbagai pihak lain,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak istimewa yang dirai sempena MAPS Day Out di MAPS Ipoh.
SEBAHAGIAN kanak-kanak istimewa yang dirai sempena MAPS Day Out di MAPS Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia