Harian Metro

DERITA LEHER BENGKOK

- Agensi

Seorang budak perempuan dipinggir penduduk kampung dianggap membawa sial selepas mengalami satu penyakit ganjil yang menyebabka­n lehernya bengkok.

Keadaan itu juga menyebabka­n Afsheen Qumbar, 9, yang berasal dari sebuah kampung di Mithi di wilayah Singh tidak boleh berdiri dan berjalan dengan betul.

Bapanya, Allah Jurio, 55, dan ibunya, Jameelan, 50, berkata, mereka bertemu beberapa doktor tetapi rawatan untuk penyakit itu tiada di Mithi.

“Saya sangat sedih melihat anak saya menderita. Saya membawanya berjumpa doktor tetapi mereka tidak tahu apa yang menyebabka­n leher anak saya bengkok.

“Doktor menyaranka­n kami ke sebuah hospital di Karachi tetapi kami tiada wang dan sumber untuk pergi ke sana,” kata Jameelan.

Menurutnya, Afsheen dilahirkan normal seperti enam adik beradiknya tetapi kehidupann­ya berubah ketika dia berusia lapan bulan.

“Ketika berusia lapan bulan,

Jameelan  Budak perempuan hidap penyakit

ganjil dihina penduduk kampung Kami mahu Afsheen belajar tetapi tiada siapa yang mahu menerimany­a di sekolah”

Afsheen terjatuh ketika bermain di luar rumah dan menyebabka­n lehernya cedera.

“Kami tiada wang untuk membawanya ke hospital dan hanya mendapatka­n rawatan daripada bomoh, namun keadaannya semakin buruk.

“Apabila Afsheen membesar masalahnya menjadi lebih serius. Dia langsung tidak boleh tegakkan kepala dan sering sakit leher,” jelasnya.

Keadaan itu menyebabka­n Afsheen tidak ke sekolah dan penduduk kampung juga enggan mendekatin­ya kerana menganggap­nya membawa sial.

“Ia sangat menyakitka­n apabila orang kampung sering menghina dan mentertawa­kan anak kami.

“Kami mahu Afsheen belajar tetapi tiada siapa yang mahu menerimany­a di sekolah,” katanya.

 ??  ?? LEHER Afsheen mula bengkok selepas dia terjatuh ketika berusia lapan bulan. - Agensi
LEHER Afsheen mula bengkok selepas dia terjatuh ketika berusia lapan bulan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia