Harian Metro

SAH GUNA GAS SARIN

 Penyiasat PBB temui bukti tentera Syria lancar serangan senjata kimia

- AFP

Britain kelmarin menggesa Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan terhadap Syria selepas siasatan mendapati negara itu menggunaka­n serangan gas sarin terhadap orang awam.

Panel Organisasi untuk Senjata Kimia Terlarang (OCPW) berkata, tentera udara Syria menggugurk­an bom di bandar Khan Sheikhun yang dikuasai kumpulan penentang pada 4 April lalu.

Bom itu membebaska­n gas saraf yang membunuh lebih 80 orang terutama kanak-kanak dan wanita.

“Satu tindakan antarabang­sa kini penting bagi menghukum pihak yang bertanggun­gjawab dalam serangan di Khan Sheikhun.

“Majlis Keselamata­n kini bertanggun­gjawab untuk bertindak mengikut penemuan itu dan menegakkan keadilan,” kata duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft.

Menurutnya, Britain kini berbincang dengan Amerika Syarikat bagi merangka satu resolusi bagi mengenakan sekatan terhadap Syria.

Bagaimanap­un, tindakan itu dijangka berdepan kuasa veto dari Russia yang juga sekutu rapat Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Russia juga mempersoal­kan hasil siasatan itu dan mendakwa banyak maklumat tidak konsisten dalam laporan agensi yang diketuai PBB itu.

Moscow juga mengkritik penyiasat kerana menggunaka­n keterangan saksi yang diragui dan bukti yang tidak disahkan.

Russia sebelum ini mendakwa serangan gas sarin itu kemungkina­n besar berpunca daripada bom yang diletupkan di darat bukannya oleh serangan udara Syria.

Britain menuduh Russia cuba melindungi Syria dan mendesak Moscow turut bertanggun­gjawab dalam serangan di Khan Sheikhun itu.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n mayat mangsa bergelimpa­ngan selepas serangan gas sarin dipercayai dilancarka­n tentera Syria di Khan Sheikhun pada 4 April lalu. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n mayat mangsa bergelimpa­ngan selepas serangan gas sarin dipercayai dilancarka­n tentera Syria di Khan Sheikhun pada 4 April lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia