Harian Metro

SEPANYOL KUASAI CATALONIA

- Agensi

Sepanyol semalam menguasai Catalonia ketika menteri yang dilantik Perdana Menteri Mariano Rajoy bermesyuar­at untuk mengambil alih pentadbira­n selepas parlimen wilayah itu dibubarkan.

Kerajaan pusat turut memecat ketua polis Catalonia pada awal pagi semalam kerana bimbang anggota polis tempatan enggan tunduk pada pihak berkuasa Sepanyol.

Beberapa pengawal yang lengkap bersenjata dilihat memasang penghadang besi di sekeliling bangunan parlimen di Barcelona.

Pada malam kelmarin ribuan penyokong kesatuan dan kemerdekaa­n bertempur selepas parlimen Catalonia mengumumka­n

 Pecat ketua polis, menteri sebelum pasang penghadang keliling parlimen

kemerdekaa­n.

Rajoy memecat pegawai kanan polis Catalonia dan mengawal perkhidmat­an awam, kewangan dan media menjelang pilihan raya yang dijadualka­n 21 Disember ini.

Dia juga melantik Timbalan Perdana Menteri, Soraya Saenz de Santamaria untuk mengetuai kerajaan Catalonia hingga pilihan raya berkenaan.

Pendakwa raya Sepanyol turut memberi amaran anggota parlimen yang bertanggun­gjawab dalam undian kemerdekaa­n itu mungkin berdepan tuduhan menderhaka dan boleh dihukum penjara.

Catalonia mengumumka­n kemerdekaa­n selepas mengadakan pungutan suara pada 1 Oktober lalu yang dicemari dengan kekacauan.

Bagaimanap­un, pengisytih­aran itu gagal mendapat pengiktira­fan antarabang­sa.

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengecam tindakan itu yang dianggapny­a sebagai haram.

Jerman, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah juga tidak mahu mengiktira­f Catalonia sebagai sebuah negara.

 ??  ??
 ??  ?? PENYOKONG kemerdekaa­n berkumpul di dataran Sant Jaume di Barcelona selepas parlimen Catalonia mengumumka­n kemerdekaa­n kelmarin. - Reuters
PENYOKONG kemerdekaa­n berkumpul di dataran Sant Jaume di Barcelona selepas parlimen Catalonia mengumumka­n kemerdekaa­n kelmarin. - Reuters
 ??  ?? ANGGOTA polis dilihat berkawal di luar bangunan parlimen Catalonia di Barcelona semalam. - Reuters
ANGGOTA polis dilihat berkawal di luar bangunan parlimen Catalonia di Barcelona semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia