Harian Metro

HADIAH EMAS SULUNG

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

 Jellson, Jun Hoong ungguli 10m platform seirama campuran

Biarpun baru dua minggu digandingk­an, Jellson Jabilin yang berganding­an dengan juara dunia, Cheong Jun Hoong berjaya menghadiah­kan pingat emas sulung negara pada hari kedua Kejohanan Grand Prix Terjun FINA 2017 Kuala Lumpur, semalam.

Dalam acara 10 meter platform seirama campuran itu, Jellson-Jun Hoong merakam 310.20 mata untuk pingat emas diikuti satu lagi pasangan negara, Muhammad Syahmi Mohd Rezal-Leong Mun Yee (296.10 mata) untuk perak sementara gangsa milik penerjun Korea Selatan, Kim Jeongnam-Cho Eunbi (295.80 mata).

“Persembaha­n saya tak konsisten mungkin disebabkan agak penat kerana tidak cukup rehat selepas acara pagi tadi (menang perak acara 10m platform seirama lelaki berganding­an dengan Hanis Nazirul Jaya Surya).

“Tapi jika dilihat pada prestasi semasa, saya rasa ia semakin meningkat,” kata Jellson yang berusia 16 tahun.

Sementara itu, Jun Hoong yang masih dibelenggu kecederaan belakang pula berkata, dia masih belum berpuas hati dengan terjunan yang dilakukann­ya biarpun berjaya memenangi emas.

“Saya masih terasa kesakitan tetapi ia boleh dikawal. Mungkin sebab perlu tunggu lama (acara terakhir), sebab itu saya rasa terjunan agak keras sedikit,” katanya yang menyertai satu acara saja pada GP kali ini.

Secara keseluruha­n, skuad negara sudah memungut satu emas, tiga perak dan satu gangsa pada hari kedua kejohanan.

Sementara itu, satu perak lagi disumbangk­an pasangan negara, Ahmad Amsyar Azman-Ooi Tze Liang dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki sementara manakala Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dalam acara 3m papan anjal individu wanita.

 ??  ?? AKSI menarik Jun Hoong (kiri) dan Jellson dalam acara akhir 10 meter papan anjal seirama
campuran di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, semalam.
AKSI menarik Jun Hoong (kiri) dan Jellson dalam acara akhir 10 meter papan anjal seirama campuran di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, semalam.
 ??  ?? JUN Hoong (kiri) dan Jellson bersama pingat emas dimenangi,
semalam.
JUN Hoong (kiri) dan Jellson bersama pingat emas dimenangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia