Harian Metro

Adam mahu lebih agresif

-

Sepang: Selepas menyinar sepanjang tiga sesi latihan bebas, pelumba Moto3 negara Adam Norrodin tidak dapat meneruskan tunggangan cemerlang apabila mencatat masa ke-15 terpantas pada sesi kelayakan, semalam.

Namun, bagi pelumba SIC Racing Team itu, ia bukanlah ‘malapetaka’ besar untuknya sebaliknya yakin dengan kedudukan itu dia mampu lebih laju sekali gus cuba untuk meraih pencapaian paling baik berbanding keputusan pada pusingan lain sepanjang tahun ini.

“Dalam beberapa pusingan sebelum ini, saya pernah meraih petak lebih teruk tapi masih mampu meraih keputusan yang bagus pada perlumbaan sebenar.

“Saya rasa jentera mempunyai kelajuan yang dimahukan esok (hari ini) dan saya perlu agresif seawal pusingan pertama lagi.

“Saya tetap letak sasaran untuk tamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik,” katanya yang mencatat masa terpantas 2 minit 13.847 saat.

Adam berkata, dia langsung tidak terkesan dengan peristiwa tahun lalu di Sepang menyaksika­nnya terjatuh sekali gus gagal untuk menamatkan perlumbaan.

“Tahun lalu saya terjatuh bukan kerana kesilapan sendiri tapi tidak boleh mengelak insiden pelumba di depan yang terjatuh lebih awal. Perkara itu sama sekali tidak akan mengganggu fokus saya pada perlumbaan kali ini,” katanya.

Seorang lagi pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin yang beraksi menerusi tiket wildcard bersama PETRONAS Sprinta Racing sekadar bermula di petak ke-29 hari ini.

Sesi kelayakan hari ini di dominasi Joan Mir dari Leopard Racing yang mencatat masa terpantas 2:12.078s sekali gus memecahkan rekod catatan masa Jack Miller pada 2014 dengan perbezaan 0.372s.

 ??  ?? GAYA Hafizh Syahrin pada sesi latihan bebas ketiga, semalam.
GAYA Hafizh Syahrin pada sesi latihan bebas ketiga, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia