Harian Metro

TUAH IRINGI CRISTIE

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

 Dahului satu pukulan di depan

juara bertahan Shanshan

Pemain Amerika Syarikat, Cristie Kerr percaya faktor tuah membolehka­n dia makin hampir menjulang kejuaraan LPGA Malaysia Sime Darby selepas persembaha­n mengagumka­n pada pusingan ketiga di TPC Kuala Lumpur, semalam.

Pemenang dua kejuaraan utama berusia 40 tahun itu bermain hebat selepas menang Kejuaraan Lotte. April lalu ditambah dengan enam penamat lima terbaik musim ini dan ia tergambar dengan catatan enam bawah par 65 semalam untuk mendahului satu pukulan di depan juara bertahan, Shanshan Feng dari China.

Cristie (gambar) yang mengumpul 15 bawah par 198 keseluruha­n, tampil kali keempat pada kejohanan bernilai AS$1.8 juta (RM7.6 juta) itu yang mana pencapaian terbaiknya pada kejohanan sulung tujuh tahun lalu apabila berkongsi tangga ke-12.

Selepas hanya melakukan empat birdie pada pusingan pertama, Cristie membenam sembilan birdie kelmarin dan tujuh pada pusingan ketiga semalam.

Pemain Korea Selatan, Kim Sei Young di tangga ketiga dengan 11 bawah par, empat pukulan di belakang

Cristie. “Saya dapat merasakan hayunan saya baik sejak semalam dan ia satu perbezaan ketara,” kata Cristie. “Saya menyelamat­kan beberapa par pada sembilan lubang kedua. “Jelas saya memukul bola dengan lebih bagus dan apabila saya berpeluang melakukan putt, biasanya saya bertindak baik. Jadi ia menyeronok­kan sejak beberapa hari lalu.

“Kelebihan satu pukulan tidak menjamin kejuaraan,” kata Cristie. “Saya perlu keluar ke sana esok dan melakukan yang terbaik.”

Shanshan hampir terjerat dengan cuaca panas namun berjaya menanganin­ya ketika dia mengintai peluang memenangi kejuaraan ketiga LPGA Malaysia.

Selepas tiga pusingan, Shanshan berjaya mengelakka­n bogey dan dia mengutip tiga birdie semalam untuk berakhir 68 sekali gus agregat 14 bawah par 199.

“Cuaca terlalu panas dan tanpa angin. Saya hampir mengalah tapi saya tetap berusaha yang terbaik. Maksud saya, pukulan bola saya tidak tepat tapi saya fikir secara keseluruha­n tiga bawah par dan pusingan tanpa bogey masih catatan yang bagus,” ujar pemenang Kejuaraan Volvik 2017 itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia