Harian Metro

KAGUM KEJAYAAN KAKAK

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Zannirah pasang impian bersama Humairah wakili negara di pentas antarabang­sa satu hari nanti

Usia bukan penghalang untuk Izz Zannirah terbabit dalam sukan seni mempertaha­nkan diri, taekwondo.

Kakaknya, Izz Humairah menjadi sumber inspirasi dan pencetus semangat sepanjang meneruskan perjuangan dalam sukan

Soalan (S): Usia anda masih muda tapi mengapa memilih sukan taekwondo?

Jawapan (J ): Semuanya bermula dengan kakak (Izz Humairah). Kakak lebih dulu terbabit dalam sukan ini. Ketika itu saya ikut saja kakak pergi latihan. Ikut saja ke mana kakak pergi termasuk ke pertanding­an. Akhirnya mula timbul minat dan saya suarakan hasrat itu kepada keluarga dan mereka setuju membenarka­n saya turut terbabit sama dalam sukan ini.

S: Bagaimana corak latihan dan apa pandangan rakan anda apabila mereka tahu anda berkecimpu­ng dalam sukan ini?

J: Saya baru berusia lima tahun dan bersekolah tadika. Latihan tidak begitu berat kerana jurulatih tahu keadaan berkenaan.

Malah, sokongan dari keluarga dan juga rakan-rakan membuatkan Zannirah ingin terus menggapai kejayaan.

Usahanya tidak akan terhenti setakat ini terutama selepas berjaya memenangi dua pingat emas baru-baru ini.

Ikuti perbualan Arena Metro bersama kanak-kanak berusia lima tahun itu mengenai masa depannya.

saya yang baru nak belajar. Jika ada masa saya akan berlatih dengan kakak. Dia banyak memberi dorongan dan sokongan. Begitu juga dengan kawan-kawan. Malah, ada kawan yang mahu turut sama terbabit dalam sukan ini.

S: Sudah pasti anda mempunyai impian dan sasaran. Boleh berkongsi impian anda?

J: Saya amat mengagumi kakak saya. Semangat juang dia tinggi. Kalau boleh saya mahu menjadi sepertinya. Saya sentiasa berdoa agar kami adik beradik akan berjaya melangkah ke peringkat lebih tinggi. Saya impikan satu hari nanti saya dan kakak dapat mewakili negara bersama-sama. Melakar sejarah bersama-sama. S: Siapakah idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilih beliau sebagai idola?

J: Idola saya adalah jurulatih dan kakak. Mereka sentiasa memberikan sokongan kepada saya dan tidak pernah putus asa melatih saya. Mereka membuat saya lebih bersemanga­t.

 ??  ?? ZANNIRAH (kiri) ketika menyertai pertanding­an.
ZANNIRAH (kiri) ketika menyertai pertanding­an.
 ??  ??
 ??  ?? ZANNIRAH menerima penghargaa­n daripada jurulatih.
ZANNIRAH menerima penghargaa­n daripada jurulatih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia