Harian Metro

SEDIA SERAH REKOD

- AFP

Jackie Stewart (gambar) sudah bersedia menyerahka­n rekodnya selaku pelumba Formula Satu (F1) paling berjaya Britain kepada Lewis Hamilton tetapi menegaskan beliau tetap pelumba terbaik dari Scotland.

Juara dunia tiga kali yang mengetuai sukan itu pada zamannya ketika lewat 1960-an dan awal 1970-an, mengaku rekod lama dipegangny­a memang untuk dipecahkan.

“Rekod dicipta untuk dipecahkan,” katanya menjelang Grand Prix (GP) Mexico, hari ini.

“Saya sudah melalui tempoh 44 tahun sebagai pemegang rekod pemandu British dengan kemenangan terbanyak dan Lewis akan menang kerana dia melakukan tugas dengan sangat bagus.

“Dia akan menang empat kejuaraan, benar, tetapi saya akan tetap memiliki rekod kerana saya orang Scotland!”

Stewart juga memberitah­u Sky Sports, beliau tidak merasakan kelajuan ketika kelayakan, atau jumlah kedudukan petak pendahulu berguna untuk menilai pemandu dalam tempoh yang lama.

“Dulu, masa sepusingan kelayakan tidak begitu penting ketika zaman saya dan kami biasa ada empat jentera di barisan depan, di garisan perlumbaan, sebelah menyebelah, tiga di Monaco.

 Stewart yakin Hamilton mampu atasi pencapaian­nya

“Saya rasa saya hanya menang 17 kedudukan petak depan sepanjang karier saya, tetapi Ken Tyrrell sentiasa mahu jentera itu menjadi baik untuk jarak perlumbaan dan buat kami memulakan perlumbaan dengan bagus. Ia perkara berbeza ketika ini.”

 ??  ?? HAMILTON menjalani sesi latihan bebas di Litar Hermanos Rodriguez, Mexico City, semalam.
HAMILTON menjalani sesi latihan bebas di Litar Hermanos Rodriguez, Mexico City, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia