Harian Metro

Federer cemas sebelum mara separuh akhir

-

Basel, Switzerlan­d: Roger Federer berjaya melepasi ujian mengejutka­n pada kejohanan tenis Dalam Dewan Switzerlan­d untuk mara ke separuh akhir di laman sendiri buat kali ke-14, semalam.

Pemain nombor dua dunia itu terpaksa berhempas pulas sebelum menjinakka­n pemain Perancis, Adrian Mannarino, 4-6, 6-1, 6-3.

Mannarino, pemain pilihan ketujuh yang tewas 10 set berturut-turut dalam empat perlawanan, mengejutka­n penonton di St Jakobshall­e apabila memperagak­an aksi bertenaga dengan memenangi set pertama.

Namun, Federer yang hanya tewas lapan perlawanan dalam dua aksi awalnya, bangkit memenangi set kedua untuk mengheret pertemuan ke set penentuan.

Pada set penentuan, pilihan utama dari Switzerlan­d itu menyelamat­kan mata penamat pada permainan keenam untuk kedudukan 3-3 sebelum mendahului 4-3 dengan pukulan kilas.

Federer, 36, menyelamat­kan keadaan dengan melakukan pukulan yang sukar diambil untuk mencipta kemenangan dalam masa satu jam 15 minit.

“Hanya kerana anda tidak pernah tewas satu set, orang mengharapk­an ia akan terus berlaku,” kata Federer.

“Tetapi setiap hari anda merasakan ia berbeza. Ia sukar untuk dimulakan dan bermain permainan terbaik anda.

“Saya perlu mencari dan bertarung dengan sengit malam ini. Ia sukar buat saya, dia amat kental pada set pertama dan berhak menang. Tetapi tindak balas daripada saya amat penting.” - AFP

 ??  ?? FEDERER bersalaman dengan Mannarino selepas tamat perlawanan.
FEDERER bersalaman dengan Mannarino selepas tamat perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia