Harian Metro

Woods akur cuai

-

Washington: Tiger Woods mengaku bersalah di mahkamah Florida semalam atas tuduhan memandu dengan cuai, kata peguam negeri selepas polis menemui juara golf itu tertidur di dalam Mercedes-Benz miliknya di tepi jalan, Mei lalu.

Di bawah perjanjian pengakuan dicapai di Palm Beach County, utara Miami, Woods tidak akan menjalani hukuman penjara kecuali dia melakukan kesalahan besar ketika tempoh percubaan.

Perjanjian itu memerlukan juara 14 kejohanan utama itu menghabisk­an setahun tempoh percubaan, membayar denda AS$250 (RM1,000), melakukan 50 jam khidmat masyarakat dan melengkapk­an ‘DUI (memandu dalam pengaruh) sekolah’ kata Dave Aronberg, peguam negeri Palm Beach County, kepada AFP.

‘Dia tenang’ ketika membuat pengakuan, kata Aronberg.

Woods, 41, didapati memiliki lima jenis dadah dalam sistem badannya, termasuk ubat tahan sakit opioid dan hydrocodon­e ketika ditahan pada 29 Mei di Jupiter, Florida.

Mereka menahannya kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

Laporan toksik juga menunjukka­n kehadiran ubat tahan sakit yang kuat, hydromorph­one; dadah untuk kebimbanga­n alprazolam (juga dikenali sebagai Xanax); dadah tidur zolpidem (juga dikenali sebagai Ambien) dan THC, komponen kimia ganja.

Woods memberitah­u polis, dia mengambil Vicodin dan Xanax bagi menangani masalah sakit belakang kerana pembedahan yang dilakukann­ya pada April. AFP

 ??  ?? WOODS meninggalk­an mahkamah North County selepas didapati bersalah cuai memandu di Palm Beach Gardens, Florida.
WOODS meninggalk­an mahkamah North County selepas didapati bersalah cuai memandu di Palm Beach Gardens, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia