Harian Metro

‘Usah gentar, anda bebas beraksi’

-

Liverpool: Pengendali sementara Everton, David Unsworth berjanji akan cuba mengembali­kan keyakinan pemain dan membuang rasa takut mereka selagi beliau masih memegang kerusi panas itu.

Unsworth membawa The Toffees ke Leicester City untuk aksi tengah malam ini dengan skuad Merseyside memburu kemenangan ketiga musim ini dan berkata beliau akan memberi kebebasan kepada barisannya.

Ronald Koeman yang dipecat, berulang kali mengatakan skuad Everton kekurangan keyakinan tetapi Unsworth menegaskan beliau

Manchester: dapat melihat semangat yang membara dalam pasukan dan berharap keyakinan pemain akan meningkat semula.

“Saya mahu menyesuaik­an diri dengan pemain dan melatih mereka bermain dengan gaya saya,” katanya.

“Sudah tentu keyakinan akan meningkat apabila anda menang.

“Tetapi saya akan kekal menjadi diri sendiri dan tidak mengubah apa-apa. Saya mahu sentiasa tersenyum dan memberi tanggungja­wab kepada pemain untuk tidak takut melakukan kesilapan dan bermain dengan kebebasan.

“Saya fikir apa yang penting ialah untuk memberi mereka kebebasan bermain sebagai satu pasukan dan mengikut perancanga­n pasukan.”

Everton yang kini terperosok di tangga ke-18 liga bagaimanap­un mendapat rangsangan terbaik menjelang aksi dengan Leicester apabila perancang tengahnya, Idrissa Gueye bakal kembali beraksi selepas terlepas perlawanan berdepan Chelsea.

Gueye menerima dua kad kuning ketika menentang Arsenal, Ahad lalu yang menjadi perlawanan terakhir Koeman sekali gus dikenakan hukuman gantung satu perlawanan. - AFP

 ??  ?? UNSWORTH mahu anak buah bangkit benam Leicester.
UNSWORTH mahu anak buah bangkit benam Leicester.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia