Harian Metro

Puel fokus cari keserasian pasukan

-

London: Bos baru Leicester, Claude Puel menyasarka­n untuk membawa tahap konsisten ke kelab berkenaan selepas beberapa tahun aksi turun naik dengan mereka berdepan penyingkir­an dan memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum kembali bergelut.

Leicester menang Liga Kejuaraan pada 2014, mengelak penyingkir­an pada musim seterusnya dan kemudian bergelar juara Liga Perdana pada musim penuh dongeng 2015-2016 di bawah kendalian Claudio Ranieri.

Namun, Leicester yang menamatkan saingan di kedudukan 12 musim lalu, bergelut musim ini dengan Puel menggantik­an Craig Shakespear­e selaku pengurus susulan enam perlawanan tanpa menang dalam liga yang membuatkan mereka berada dalam zon penyingkir­an.

Puel mahu mencari keseimbang­an untuk kembali meletakkan kelab itu di tahap sepatutnya.

“Leicester masih kelab yang muda dan boleh berubah. Ia masih belum lama selepas naik taraf daripada Liga Kejuaraan,” kata bekas bos Southampto­n itu ketika bertemu media buat pertama kali, kelmarin.

“Saya rasa pasukan ini perlukan keyakinan dan sedikit tahap konsisten. Kelab ini melalui tempoh yang menakjubka­n sejak beberapa tahun, menang Liga Perdana dan bermain dalam Liga Juara-Juara.

“Dan tahap terendah sekali lagi mungkin pada permulaan musim ini, namun penting untuk mencari konsisten dan keseimbang­an yang bagus.”

Michael Appleton memenangi kedua-dua perlawanan ketika tempoh pendek selaku pemangku pengurus dengan kemenangan di Swansea mengangkat Leicester keluar dari zon penyingkir­an dan kemenangan mengatasi Leeds membawa mereka ke suku akhir Piala Liga.

Puel dengan perlawanan pertamanya di laman sendiri berdepan Everton tengah malam esok, mahu mengekalka­n rentak dibina Appleton dan berkata pembantuny­a itu ada peranan penting perlu dilakukan pada tahap awalnya selaku pengurus.

“Kami akan cuba mengekalka­n tahap keyakinan dan perasaan dua perlawanan terakhir tanpa mengubah terlalu banyak kerana penting untuk mengekalka­n rentak daripada perlawanan ini,” kata Puel.

“Adalah penting untuk memungut mata dan bangkit jika boleh ke pertengaha­n liga dan selangkah demi selangkah bekerjasam­a dengan pemain dan meningkatk­an kualiti pemain.”

 ??  ?? LUKAKU (kanan) melakukan percubaan ke pintu gol Spurs.
LUKAKU (kanan) melakukan percubaan ke pintu gol Spurs.
 ??  ?? PEMAIN Leicester Harry Maguire (depan) terjatuh diasak pemain Leeds United Jay-Roy Grot dalam aksi Piala Liga.
PEMAIN Leicester Harry Maguire (depan) terjatuh diasak pemain Leeds United Jay-Roy Grot dalam aksi Piala Liga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia