Harian Metro

Aksi Foden pukau Guardiola

-

Persembaha­n menarik Phil Foden ketika membantu England mara ke pentas final Piala Dunia Bawah-17 tahun mungkin membawa kepada penampilan pertamanya bersama Manchester City, kata pengurus The Cityzens, Pep Guardiola.

Perancang tengah berusia 17 tahun itu begitu menyinar di India, membantu pasukan negaranya menempah tiket final berdepan Sepanyol.

Bekas pengurus England, Glenn Hoddle menjadi antara individu yang terkejut dengan persembaha­n Foden ketika prestasiny­a itu mula mencuri perhatian Guardiola.

Pengurus City itu melihat aksinya pada April lalu ketika Foden menjaringk­an gol individu menarik pada perlawanan pertama final Piala Remaja FA menentang Chelsea biarpun pertembung­an itu berkesudah­an mereka tewas dengan agregat 2-6.

Kekaguman terhadap aksi Foden itu mendorong Guardiola menyenarai­kannya ke jelajah pramusim di Amerika Syarikat dan tanpa berselindu­ng beliau mengaku bintang masa depan England itu berada dalam perancanga­n pasukan utama di Stadium Etihad.

“Phil memiliki peluang kekal di sini dan beraksi pada perlawanan berdepan Wolves (pusingan 16 terakhir Piala Liga Selasa lalu),” kata Guardiola.

“Tetapi kami percaya ia satu peluang yang hebat buatnya beraksi menentang pasukan seperti Brazil, Jerman, Sepanyol, Itali dan mana-mana pasukan lain di India. Ia cukup berharga untuk proses perkembang­annya.”

Guardiola yang memainkan peranan dalam menggilap bakat Lionel Messi di Barcelona begitupun bimbang untuk meletakkan tekanan yang melampau ke atas Foden yang dilihat olehnya lebih sesuai beraksi di posisi tengah.

“Dia pemain yang istimewa. Saya fikir dia sangat istimewa,” kata Guardiola.

“Pasukan kebangsaan meletakkan dia di posisi pertahanan dan sayap kanan, walaupun dia lebih sesuai di tengah, meskipun beraksi di posisi itu, namun dia tetap beraksi baik di India.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia