Harian Metro

LEDAKAN CAVANI

- AFP

 PSG selesa di puncak selepas atasi cabaran Nice

Neymar hanya melihat dari tempat duduk penonton kehebatan Edinson Cavani yang menyumbat dua gol ketika Paris Saint-German (PSG) mengatasi Nice 3-0 awal pagi semalam sekali gus membolehka­n skuad kendalian Unai Emery terus selesa dengan kelebihan tujuh mata di puncak Ligue 1.

Dua jaringan babak pertama Cavani, hasil umpanan Angel Di Maria, membolehka­n PSG meraih kemenangan kesembilan musim ini.

Ia aksi sesi pemanas badan yang baik menjelang pertemuan dengan Anderlecht, Rabu ini yang menawarkan peluang buat mereka mengesahka­n tempat ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Kemenangan itu turut memadamkan

memori buruk terikat 2-2 ketika menentang musuh tradisi, Marseille minggu lalu.

Neymar gagal beraksi buat kali kedua sejak melengkapk­an perpindaha­n termahal dunia kerana bintang Brazil itu dikenakan hukuman penggantun­gan selepas dibuang padang dalam aksi panas di Marseille.

“Setiap perlawanan berbeza. Menentang Marseille, ia lebih rumit kerana permukaan padang yang berbeza dan mungkin kami mampu beraksi dengan lebih baik,” kata Cavani.

“Malam ini, kami memperoleh gol awal di separuh masa pertama dan ia menyebabka­n kami beraksi dengan lebih tenang sepanjang perlawanan.”

Di Maria menyinar sebagai pengganti Neymar dalam penampilan keduanya sejak Ogos lalu.

 ??  ?? CAVANI (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Julian Draxler ketika PSG menentang Nice, kelmarin.
CAVANI (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Julian Draxler ketika PSG menentang Nice, kelmarin.
 ??  ?? NEYMAR (tengah) menonton perlawanan di tempat duduk.
NEYMAR (tengah) menonton perlawanan di tempat duduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia