Harian Metro

Robinson akui pemain asing jejas England

-

Kuala Lumpur: Bekas penjaga gol antarabang­sa England, Paul Robinson berpendapa­t kebanjiran pemain import dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan skuad The Three Lions meraih sebarang kejohanan utama sejak menjulang trofi Piala Dunia 1966.

Beliau berkata, kehadiran ramai pemain import memberikan impak baik dari segi imej liga itu namun daripada aspek lain memberi kesan kepada perkembang­an pemain tempatan.

“Saya fikir ia (kehadiran ramai pemain import) memberi kesan kepada skuad kebangsaan. Sememangny­a kombinasi pemain import dan tempatan dalam liga (EPL) menjadikan liga ini antara terbaik di dunia, kerana itu ramai pemain mahu datang bermain. Tapi ia mungkin memberi kesan kepada pasukan kebangsaan apabila kurangnya pembanguna­n pemain tempatan.

“Saya tidak menyatakan ia sebagai alasan (England gagal), saya cuma menyatakan bahawa ia kombinasi faktor terhadap prestasi England. Persembaha­n England di pusingan kelayakan bagus, kami selalu layak. Saya fikir England sentiasa ada ramai pemain yang bagus secara individu tapi secara pasukan sukar membentuk pasukan mantap,” kata Robinson dalam sesi santai bersama media, baru-baru ini.

Bekas pemain Leeds United, Tottenham Hotspur, Blackburn Rovers dan Burnley itu berada di ibu negara sebagai pengulas jemputan Astro Supersport bagi perlawanan EPL.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia