Harian Metro

Usah gentar cabaran pusingan akhir AFC B-23

-

Kuala Lumpur: Pengurus skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Wira Yusoff Mahadi mengingatk­an pemain negara supaya tidak gentar dengan cabaran yang bakal dilalui di pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China, Januari tahun depan.

Biarpun diundi bertemu pasukan gergasi Asia Barat iaitu Iraq, Jordan dan Arab Saudi dalam Kumpulan C, beliau tetap menganggap anak buah Datuk Ong Kim

(gambar)

Swee masih bernasib baik.

“Apabila kita bertanding di pusingan akhir, tiada lawan yang mudah, kita kena bersedia berdepan pasukan kuat di Asia. Mungkin ramai yang menganggap Iraq, Jordan dan Arab Saudi lawan sukar buat Malaysia tapi mungkin juga kita bernasib baik tidak diundi bertemu Jepun, Korea Selatan atau Australia.

“Apa yang penting sekarang ada persiapan pasukan. Saya melihat penekanan mental penting untuk pemain bersaing di peringkat tinggi ini,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Skuad kendalian Kim Swee layak beraksi di pusingan akhir kejohanan buat kali pertama selepas muncul juara Kumpulan H pada pusingan kelayakan di Bangkok Julai lalu.

Laluan cukup sukar menanti Malaysia di China nanti berdasarka­n reputasi Iraq selaku juara edisi pertama 2013 manakala Arab Saudi naib juara dan Jordan ketiga.

Menurut Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mereka tidak akan membuat perubahan kepada rancangan persiapan ke Korea Selatan pada Disember ini.

“Setakat ini tiada perubahan dan kami akan tetap ke Korea Selatan pada pertengaha­n Disember bagi persiapan pasukan sebelum ke China. Di sana kami sedang mengatur beberapa perlawanan persahabat­an selain latihan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia