Harian Metro

Juil ceria atasi Negeri Sembilan

- Ryan Stanley bhsukan@bh.com

maka mereka berhak bergelar juara selepas kali terakhir Kuala Lumpur memenangi trofi Piala Sumbangsih 17 tahun lalu.

“Apapun, saya terkilan kerana saingan liga yang berehat sebulan menjejaska­n rentak permainan, namun apa juga yang berlaku musim ini sememangny­a tidak dapat dilupakan dan kami akan berehat sebulan sebelum kembali menyambung latihan bagi persiapan bersaing di Liga Super,” kata Maciel. Kota Kinabalu: Pengurus Sabah, Datuk Juil Nuatim menyifatka­n kemenangan 2-1 terhadap Negeri Sembilan di Stadium Likas malam kelmarin sebagai penutup menggembir­akan.

Katanya, walaupun aksi itu hanya sebagai pelengkap jadual, pemainnya tetap mempamer semangat juang tinggi untuk memenangi perlawanan.

“Kemenangan ke atas Negeri Sembilan satu kebanggaan buat kami kerana mereka bukan calang-calang pasukan dan bukan mudah untuk ditewaskan.

“Walaupun agak goyah di awal permainan, kita berjaya juga menghasilk­an dua gol, sekali gus memenangi perlawanan itu di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Juil berkata, tempoh rehat yang panjang iaitu selama sebulan, baru-baru ini, turut memberi kesan kepada prestasi pasukan.

“Kita jelas sangat kekurangan dari segi 'match fitness', ini kerana kita agak sukar untuk mencari lawan yang berkualiti di Sabah ketika saingan liga berehat panjang, baru-baru ini.

“Saya berpuas hati dengan persembaha­n pemain,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Kuala Lumpur meraikan kemenangan menjuarai Liga Perdana di Stadium Perbandara­n Pasir Gudang.
PEMAIN Kuala Lumpur meraikan kemenangan menjuarai Liga Perdana di Stadium Perbandara­n Pasir Gudang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia