Harian Metro

Menanti Kamal melamar Emma

-

Nampaknya kisah Emma dan Kamal masih terus diperkatak­an selepas masing-masing membuat kenyataan. Selama ini Kamal dilihat banyak berdiam diri, sebaliknya Emma dan pihak ketiga yang dikaitkan dengan hubungan mereka, pelakon Zahirah McWilson lebih ke hadapan.

Tambah pula kenyataan Zahirah baru-baru ini dilihat mengeruhka­n semula hubungan Emma dan Kamal yang mula kembali jernih.

Daripada kenyataan Kamal kepada Selebriti Metro Ahad sebagaiman­a dipaparkan di muka

10 dan 11, pasangan ini sedang berusaha untuk menjernihk­an hubungan mereka yang agak keruh sebelum ini.

Malah, Kamal akui sedang berusaha memujuk Emma. Pada mulanya dia reda apabila Emma mengatakan hubungan mereka sudah putus tetapi apabila Emma kembali menghubung­inya, seolaholah masih ada harapan untuknya kembali dengan Emma.

Itulah dugaan orang bercinta, ada pasang dan surut. Semua itu juga menguji kekuatan cinta mereka. Itulah juga bahayanya kalau bercinta lama-lama.

Kamal pun tidak muda lagi dan hubungan mereka juga bukan baru, sudah seharusnya dilangsung­kan dengan ikatan yang sah.

Apakah selepas berlaku kemelut, Kamal juga mahu melamar Emma menjadi suri hidupnya? Kamal sebelum ini memang mengakui sudah bersedia untuk mengahwini Emma tetapi buat masa ini keadaan belum mengizinka­n.

Mungkin Kamal perlu membuktika­n kesungguha­nnya mahu menjadikan anak pelukis terkenal, Ismail Embong sebagai isterinya.

Tiada bapa yang mahu melihat anak gadisnya disimpan lama-lama tanpa hubungan yang pasti.

Apa yang boleh Kamal lakukan, bulatkan hati dan hantar rombongan melamar Emma.

 ??  ?? ZAHIRAH McWilson
ZAHIRAH McWilson

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia