Harian Metro

Daftar sendiri ke pusat pemulihan

-

Sebelum ini ramai orang mengaitkan kontrovers­i membabitka­n masalah sikap dan disiplin seorang pelakon popular, cantik dan jelita ini kerana ketagihan pil ectasy dan suka berpesta.

Masalah itu juga menyebabka­n banyak pihak takut hendak berurusan dengannya lagi. Keadaan fizikalnya kalau dilihat banyak berubah kalau hendak dibandingk­an dengan awal kemunculan­nya dalam dunia lakonan.

Cuma baru-baru ini, pelakon popular itu dilihat tidak lagi muncul di khalayak. Malah teman-temannya yang rajin berpesta dengannya hairan kerana pelakon cantik lagi jelita itu tidak lagi kelihatan di tempat yang biasa dikunjungi.

Bagaimanap­un peminat tidak menyedari pelakon popular itu mula mendiamkan diri kerana ada beberapa drama lakonannya ditayangka­n di TV.

Seorang teman berjaya menghubung­i artis ini dan mempelawan­ya untuk ditemu bual. Mengejutka­n apabila dia yang susah untuk dihubungi sebelum ini, tiba-tiba saja bersetuju.

Sampai saja di lokasi temu janji, teman Cik Pang terkejut melihat tubuhnya yang semakin berisi. Dia agak tembam, tetapi masih cantik seperti dulu.

Teman Cik Pang bertanya kepadanya kenapa tiba-tiba badannya naik. Kata pelakon popular itu, sepanjang beberapa bulan tidak bekerja dia banyak menghabisk­an masa di rumah. Masak dan makan dan kerana itu juga badannya sedikit berisi sekarang.

Selang beberapa minggu apabila teman

Cik Pang menceritak­an perubahan dialami pelakon popular terbabit, seorang sumber memberitah­u sebenarnya dia baru saja keluar dari pusat pemulihan ketagihan swasta. Teman Cik Pang tidak percaya kerana katanya kalau benar mahu mengubati masalah ketagihan akan mengambil masa yang panjang dan lama. Mungkin makan tahun.

Bagaimanap­un, kata sumber itu masalah ketagihan dialami pelakon popular itu tidak teruk. Sepanjang tiga bulan dia menghilang­kan diri, sebenarnya dia mendaftark­an diri di pusat pemulihan dan mengubati masalah dihadapi sepanjang tempoh itu.

Walaupun ia mengambil masa tiga bulan saja, pelakon popular itu juga harus beberapa kali bertemu dengan pegawai di pusat itu bagi mendapatka­n khidmat nasihat.

Pada Cik Pang, bagus juga kalau begitu. Sikap pelakon itu mengambil inisiatif mengubati masalah ketagihan harus dipuji demi kebaikan diri dan kerjaya seninya.

Mungkin dia sedar sebagai artis, dia menjadi contoh kepada masyarakat. Kalau dia tidak mengubati masalah ketagihan dialami lebih awal, bimbang kelak ia menjadi teruk dan memakan diri.

Lebih daripada itu, ia akan memberikan pengaruh tidak elok kepada peminatnya. Bukankah hidup lebih bahagia tanpa dadah?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia