Harian Metro

Kuasa sut wanita

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Pemakaian sut dalam kalangan wanita mula menjadi popular sekitar 1970-an di mana waktu ini gerakan feminisme berkembang pesat dan mereka menuntut hak kesamarata­an dengan golongan lelaki terutama dalam sektor pekerjaan.

Memakai sut dalam kalangan wanita ketika itu dijadikan perlambang­an terhadap hak sama rata dan perkongsia­n kuasa. Namun dalam waktu sama, ia menyerlahk­an gaya seseorang wanita dilihat lebih berketeram­pilan dan berani.

Sekarang pemakaian sut bukan saja menjadi pakaian formal buat lelaki tetapi juga wanita. Bagi selebriti, memilih pemakaian sut tidak bermakna gaya feminin hilang, cuma suntikan maskulin membuatkan mereka nampak lebih yakin apabila berdiri di acara karpet merah.

Tidak dinafikan kebanyakan selebriti yang memilih ‘power sut’ ini bijak menggayaka­nnya dan disuai padan dengan aksesori terutama tas genggam mahu pun yang disandang di bahu. Pemakaian sut juga mengetenga­hkan jiwa berani selebriti terbabit.

Selebriti Amber Chia menggayaka­n sut putih dengan kolar hitam membuatkan penampilan­nya bersahaja ketika menghadiri acara karpet merah Festival Filem Malaysia ke-29

(FFM29) yang berlangsun­g bulan lalu.

Membiarkan rambutnya lepas mengurai menampakka­n pelakon dan model terkenal itu tetap feminin dan cantik.

Berhijab juga tidak menghalang pelakon

Nadiya Nisaa tampil penuh bergaya apabila memilih sut sewaktu menghadiri FFM29.

Selalunya fabrik warna gelap menjadi pilihan wanita termasuk selebriti tempatan dalam pemakaian sut. Ia menyerlahk­an gaya mereka seperti

Nad Zainal dan Fasha

Sandha ketika menghadiri sidang media Anugerah

Skrin 2017 (ASK2017) barubaru ini.

Mereka memilih sut sedondon hitam dan secara kebetulan menggayaka­nnya bersama ‘baby-t’ warna putih.

Penyanyi German,

Alexa Feser juga memilih sut hitam sewaktu menghadiri majlis Anugerah Goldene Henne di Leipzig, Jerman. Ia dipadankan dengan seluar potongan ala palazo dan labuh menutupi kaki. Tas genggam menjadi pelengkap gaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia