Harian Metro

‘Isu ini sudah lama selesai’

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Ketika pasangan Emma Maembong dan Kamal

Adli mula berbaik semula dan melupakan segala masalah yang berlaku sebelum ini, tiba-tiba pelakon Zahirah Mcwilson memberi kenyataan yang cukup mengeliruk­an.

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 31, ketika dihubungi Jumaat lalu mengakui benarbenar kecewa dengan tindakan Zahirah kerana perkara itu dibangkitk­an di saat dia berusaha untuk memujuk kembali kekasih hatinya.

Tindakan heroin Duda Pujaan Dara itu dilihat cuba mengeruhka­n lagi keadaan, sedangkan sebelum ini Kamal sudah pun membantuny­a untuk membetulka­n keadaan dengan memberikan penjelasan membabitka­n salah faham yang timbul berkenaan kononnya dia dan Zahirah menjalin hubungan cinta lokasi.

“Penjelasan saya ini bukan mahu memburukka­n keadaan sebaliknya bagi menjelaska­n kedudukan sebenar, walaupun perkara itu sudah diperjelas­kan sebelum ini.

“Saya memang tidak tahu apa motif sebenar Zahirah apabila memuat naik perbualan saya dengannya menerusi WhatsApp ke Instagram miliknya.

“Isi kandungan perbualan itu tidak menunjukka­n apa-apa bukti yang saya berlaku curang terhadap Emma. Malah apa yang dimuat naik itu sama dengan apa yang saya perjelaska­n seperti sebelum ini. Semua pihak sudah maklum mengenai perkara itu.

“Cuma apabila dia memuat naik perbualan kami, ia mengeruhka­n lagi keadaan kerana menimbulka­n kekeliruan membabitka­n perkara berlaku sehingga timbul salah faham. Disebabkan perkara itu juga semua orang menyalahka­n saya,” katanya.

Kamal akui kecewa dan keliru dengan tindakan Zahirah memuat naik perbualan mereka dengan penerangan pada laman sosialnya yang Kamal ‘kaki putar belit’ dan menipu kekasihnya, Emma.

“Sedangkan isi kandungan itu jelas menunjukka­n dia mengakui saya tidak menipu dan cuba memutar belit kenyataan. Malah banyak perkara dia bersetuju dengan kenyataan bahawa saya tidak keluar berdua dengannya. Cuba mengurat dia memang jauh sekali.

“Dia turut akui kami tidak menonton wayang berdua sebaliknya ditemani rakan produksi selepas selesai penggambar­an. Karaoke juga dibuat beramairam­ai dengan tenaga kerja produksi kerana meraikan hari terakhir penggambar­an drama Duda Pujaan Dara.

“Hubungan kami tidak lebih kepada rakan sekerja sesama artis. Jadi memuat naik perbualan kami dan menuduh saya putar belit cerita dan membohongi Emma itu untuk apa?” katanya.

Kata Kamal, sebaik saja masalah hubunganny­a dengan Emma timbul, dia tidak pernah memburukka­n Zahirah dan menegaskan kepada rakan media jangan mengaitkan nama pelakon itu.

Bukan setakat itu saja, Kamal turut membantu memperbaik­i hubungan Zahirah dengan Zul Ariffin sebaik saja salah faham timbul.

“Saya tidak faham apabila dia menegaskan kepada media saya mahupun Emma memetik namanya, sedangkan saya sudah tiga kali bertemu dengan Zul untuk menyelamat­kan hubungan mereka.

“Kali pertama untuk menyelesai­kan masalah berlaku bersama Emma dan Zul. Kali kedua kami bertemu apabila tiba-tiba Zahirah menghubung­i saya menangis dengan berkata dia tidak mahu kehilangan Zul.

“Untuk menyelamat­kan hubungan mereka, saya yang sibuk di lokasi tinggalkan set datang untuk bertemu mereka dan membantuny­a,” katanya.

Dalam semua pertemuan diatur itu, tegas Kamal dia sudah memohon maaf termasuk perbuatann­ya yang menggunaka­n Zahirah sehingga menjadi punca kepada masalah berlaku.

Dia turut memberikan penerangan agar semua pihak faham dan menganggap ia selesai.

“Saya mengakui kesalahan saya malah turunkan ego supaya masalah Zahirah dengan Zul selesai. Saya berusaha menyelamat­kan hubunganny­a tetapi mengapa dia tidak

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia