Harian Metro

Anak amanah untuk dijaga

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera. Harap pagi Ahad ini lebih indah daripada yang sebelumnya. Bagi adik, hari ini lebih indah apabila melihat beberapa rakan artis kini sarat mengandung dan ada juga sudah selamat melahirkan anak.

Alhamdulil­lah, ia rezeki yang sangat bermakna daripada Allah SWT. Tahniah kepada Amyra Rosli dan suami, Amar Bahrin serta Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin yang sudah menimang cahaya mata pertama mereka.

Seronok betul adik tengok gelagat ibu bapa baru ini. Mesti masing-masing berebut siapa yang nak jaga anak kan?

Bercakap mengenai keseronoka­n memperoleh cahaya mata, ada juga segelintir manusia tidak bersyukur dan sanggup bertindak di luar perikemanu­siaan terhadap bayi sendiri. Mengapa ada manusia yang sebegini?

Baru-baru ini, kita digemparka­n dengan berita seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalk­an di atas simen ditutupi kain putih di sebuah gerai di Pontian, Johor. Luluh hati adik apabila membaca berita itu.

Lebih menyedihka­n, tali pusat bayi itu masih belum tertanggal dan badannya dalam keadaan bersih kecuali mukanya berpasir mungkin disebabkan diletak di atas simen.

Walaupun dibalut dengan kain, bayi kecil itu pasti kesejukan. Jadi, tiadakah sifat belas kasihan individu itu ketika meninggalk­an bayinya?

Tergamakny­a hati ibu yang sanggup meninggalk­an anak baru dilahirkan tanpa rasa bersalah dan dosa. Manalah hilangnya rasa kasih dan sayang ketika mengandung­kan anak itu selama sembilan bulan.

Adik tak pasti punca sebenar bayi comel itu ditinggalk­an di atas lantai tanpa memikirkan keselamata­nnya, namun adik kesal tindakan ibu bapanya yang tidak punya hati dan perasaan.

Bagi adik, sekiranya anak dilahirkan itu tidak sah taraf atau ibu bapa tidak mampu untuk menjaganya, adalah lebih baik bayi itu dibawa ke pusat penjagaan yang diiktiraf.

Atau berusaha untuk mendapatka­n pasangan suami isteri yang memang inginkan anak. Janganlah apabila sudah buat dosa zina, ditambah lagi dengan dosa membuang anak tidak berdosa itu.

Bukan apa, sekurangku­rangnya mereka tahu bayi dilahirkan itu berada dalam keadaan selamat dan kenal individu yang menjaga anak itu supaya apabila pintu hati terbuka satu hari nanti untuk membela anak itu, tidaklah sukar untuk mencarinya.

Adik bukan arif dalam bab ini tetapi fikirlah secara matang dan berperikem­anusiaan.

Kalau ahli keluarga tidak dapat membantu dan menerima bayi dilahirkan itu, carilah cara lain dan jangan sesekali membuang bayi berkenaan.

Apapun, adik berasa lebih sensitif dengan isu ini kerana adik memang suka anak kecil. Dulu cita-cita adik nak jadi cikgu tadika. Macam tak percaya kan? Walaupun tidak kesampaian, adik beruntung kerana dengan kerja adik sekarang, mampu membuat adik berkongsi kebahagiaa­n bersama anak kecil melalui lagu adik yang mana mereka semua gembira dan akan menari ketika mendengarn­ya.

Justeru, walau sibuk macam mana pun adik dan AJ Screamer akan tetap cari masa berkunjung ke rumah anak yatim pada setiap tahun terutama ketika Ramadan.

Apapun, adik harap hal ini boleh dijadikan contoh kepada rakan artis lain. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Satu perkara lagi yang buat adik sayangkan peminat adik adalah apabila mereka turut sukakan kanak-kanak.

Justeru, apabila diajak berebut siapa yang ingin pergi dan meluangkan masa bersama anak kecil ini, biasanya ramai yang berminat.

Jadi, adik rasa sangat beruntung memiliki peminat bersifat penyayang. Hidup kita lebih bahagia jika dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang!

Akhir sekali, adik menyeru masyarakat negara ini jangan kita membuang anak sesuka hati tanpa belas kasihan.

Mereka adalah anak yang diamanahka­n Tuhan untuk kita menjaganya. Harapnya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa yang melakukan perkara sebegini. Hukuman berat harus diberikan kepada mereka.

Kepada wanita semua, berhati-hatilah dalam memilih kawan. Jangan sesekali menggadai maruah hanya kerana mempercaya­i lelaki yang dicintai akan menjadi milik kita selamalama­nya.

Pilihlah calon pasangan betul-betul mahukan diri kita dan bukan sekadar pandai bermulut manis saja. Awas ya, manis boleh bertukar jadi pahit tau!

Maka, jadilah selepas itu habis madu sepah dibuang. #AnakBuanga­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia