Harian Metro

Ewal tak khuatir lagu gagal

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Erti kecewa tidak pernah hadir dalam diri penyanyi muda, Ewal Ismail, 24, hingga dirinya bersemanga­t untuk terus berjuang dalam dunia seni.

Pernah melakar kejayaan di Hollywood dan menang tempat ketiga pentas Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Ewal atau Ikhwal Hafiz Ismail akui populariti jauh daripadany­a tetapi masih banyak undangan menyanyi diterima.

Dia bersyukur kerana mendapat banyak undangan persembaha­n untuk jamuan malam dan korporat. Kini dia juga menggalas tugas sebagai guru vokal di Akademi Suara milik penyanyi

Mark Adam.

Kata Ewal, dia juga akan muncul dengan single baru, Cinta Ke Akhirnya tidak lama lagi. Lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik ditulis Adeep Nahar bersama Hafiz Suip sangat istimewa buatnya.

“Saya sangat berbesar hati dipilih untuk merakam lagu ini sebagai single baru buat tatapan peminat. Saya teruja merakam lagu genre pop balada yang juga mendapat sentuhan Hafiz sebagai penulis lirik,” katanya.

Ewal sedar belum tentu single barunya mendapat sambutan baik pendengar tetapi dia tidak peduli semua itu. Baginya, itu yang dinamakan cabaran.

“Sebagai penyanyi, saya akan tetap pastikan untuk terus tampil dengan single baru. Sama ada single dihasilkan itu berjaya atau tidak menambat hati pendengar, saya terima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Bagi saya, apa yang paling utama setiap tahun dapat menghasilk­an sekurang-kurangnya satu single baru. Pada saya, peluang menghasika­n single umpama ‘memperbaha­rui pasport’ untuk memudahkan perjalanan ke mana saja destinasi di luar negara,” katanya.

Anak tunggal dalam keluarga ini juga sedar persaingan sesama penyanyi baru makin sengit dan penyanyi senior sepertinya perlu ada karya baru untuk diketengah­kan.

“Secara tidak langsung, ia juga membuatkan peminat takkan sekalikali lupa terhadap kewujudan seseorang penyanyi itu.

“Biarpun lagu dihasilkan kurang mesra di radio, kini sudah ada kemudahan media sosial yang boleh diguna pakai untuk menjadi platform promosi.

“Cuma dalam soal ini, sebagai penyanyi saya harus rajin termasuk meningkatk­an usaha untuk gigih mempromosi­kan lagu sendiri,” katanya.

Ewal juga menyertai program AF Megastar yang berakhir minggu lalu dan hanya berjaya hingga minggu keempat.

Katanya, dia puas hati kerana tersingkir secara bermaruah apabila memilih lagu Potret dendangan asal Akim & The Majistret dalam cabaran bertemakan rock.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dan terima dengan hati terbuka rezeki saya setakat itu saja. Walaupun juri profesiona­l memberi komen mengatakan vokal saya tiada identiti, saya terima dengan hati terbuka. Bagi saya, tidak ada apa yang salah pada komen itu.

“Secara tidak langsung, saya menganggap memang tiada rezeki dan tidak rasa terkilan atau rasa tersilap membuat pilihan lagu yang akhirnya menyebabka­n saya tersingkir.

“Persembaha­n lagu Potret yang dibuat tidaklah seteruk mana. Namun, memang saya tidak ada rezeki bertahan lama dalam AF Megastar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia