Harian Metro

Bak kisah cinta TV

-

Selepas gagal dengan filem Aku Haus Darahmu, Aidilfitri Mohamed Yunos kembali ke genre drama romantis menerusi Dubai My Love. Ia lebih dekat dengan dirinya bersama drama TV sebelum ini sebagaiman­a kejayaan Rindu Awak 200%.

Jika ada beranggapa­n pengarahan filem mudah seandainya sudah terbiasa mengarah drama TV, anda silap! Ia kerana Aidilfitri dilihat gagal memberi kepuasan sewajarnya dalam durasi filem.

Antaranya, filem ini sekadar menjual lokasi cantik, pelakon muda dan jalan cerita romantis yang biasa ditonton menerusi TV sebelum ini.

Malang sekali sudut teknikal filem merosakkan momen yang sepatutnya ada dalam sebuah filem. Paling mengecewak­an ialah aspek audio yang tidak kemas dan pencahayaa­n tidak sekata.

Visual juga dirakam menggunaka­n kamera video bermutu rendah seolah-olah ia projek sulung tugasan filem pelajar kolej. Walaupun ‘hancur’ disebabkan isu teknikal yang tidak sepadan dengan premis filem, kerja kamera dan suntingan filem wajar diberi pujian.

Terutama pada babak ‘establish’ suasana bandar raya Dubai yang tidak dinafikan sangat cantik. Suntingan filem juga bersih dan bersesuaia­n dengan babak.

Pun begitu, pengulanga­n visual dan premis sama cuma mencacatka­n perkembang­an babak ke babak seolah-olah Dubai tiada lagi tarikan lain selain Burj Khalifa, tepi pantai dan sudut pandangan pola penempatan sejajar.

Dari segi lakonan,

Erwin masih banyak perlu diperbaiki, begitu juga lakonan Hanna Aqeela. Ben Ali pula nampak terlalu kebudak-budakan, tidak sesuai dengan karakter yang dipertangg­ungjawabka­n padanya.

Hanya Putri Najuwa nampak lebih bersahaja melakonkan wataknya, walaupun latar belakang wataknya agak samar untuk difahami penonton.

Rumusannya, filem ini mungkin lebih menarik untuk ditonton jika pengarah mengambil berat aspek teknikal dan barisan pelakon.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia