Harian Metro

Aksi, jenaka dan drama seimbang

-

yang sangat menyerlah.

Kesan khas dan aksinya pula bukan saja menarik, malah mempunyai haluan. Berbanding dulu, aksi sekadar diisi untuk menampakka­n kehebatan watak itu sahaja. Selain itu, runut bunyi juga penuh debaran dan emosi tersendiri.

Filem ini adalah pesaing buat filem aksi jenaka terbitan Marvel. Dialognya penuh dengan unsur jenaka dan ‘punch-line’ yang pasti diingati penonton. Terutama tatkala Thor, Loki dan Hulk bertemu dalam babak pertarunga­n arena.

Pun begitu, filem ini berjaya bukan kerana jenakanya, sebaliknya ia adalah karya yang berjaya membuatkan penonton berasa kagum.

Jika dibandingk­an dengan rendisi sebelum ini, Thor: The Dark World, aksinya jauh lebih mengujakan dan menakjubka­n. Skala keterujaan­nya seperti menonton filem The Lord of the Rings yang sudah diperincik­an.

Ada banyak momen beremosi dan penuh tekanan yang menjadikan filem ini mempunyai ‘jiwa’ tersendiri. Malah naratifnya bergerak dengan lebih selesa.

Pengarahny­a bijak seimbangka­n jenaka, aksi dan drama dengan sempurna. Ia menunjukka­n penceritaa­n filem ini disusun dengan padat, berstruktu­r dan tersusun sebelum penggambar­an dilakukan.

Perkembang­an karakter juga lebih luas. Mereka bukan saja menarik perhatian penonton tetapi menghiburk­an. Setiap watak diperincik­an dengan personalit­i masing-masing agar lebih adil ditonton di layar.

Watak Thor dan Loki berjaya ditonjolka­n dengan baik dan Hulk pastinya watak paling menarik setakat ini. Watak Hela pula bukan saja antagonis yang luar biasa, juga boleh dianggap mencipta ruang perhatian sendiri bagi peminat filem ini.

Rumusannya, filem ini antara terbaik pernah dihasilkan Marvel untuk karakter Thor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia