Rumah penerbit jadi markas

Harian Metro - - Selebriti -

di kediaman penerbit single mereka, Sheikh Qalam, dilihat hubungan masingmasing sangat rapat.

Bagi mereka, kediaman Sheikh Qalam di Bandar Baru Bangi memang sering menjadi persinggahan jika terbabit aktiviti promosi single di ibu kota.

Kata Faizwan, Sheikh Qalam umpama keluarga bagi mereka apatah lagi beliau adalah individu bertanggungjawab mengetengahkan bakat muzik Qalam Band.

“Kami bersua buat kali pertama ketika Qalam Band menyertai pertandingan Battle Of The Band pada 2013. Sejak itu, Sheikh Qalam memang banyak membantu,” katanya.

Bagi Izad pula, apabila berada di rumah Sheikh Qalam, ia banyak memberi peluang kepada mereka untuk membuat perbincangan.

“Kami tahu perkembangan industri hiburan tanah air iaitu bidang nyanyian kini pesat apabila semakin ramai penyanyi baru yang muncul.

“Apapun, disebabkan minat mendalam Qalam Band pada nyanyian tidak pernah pudar, kami perlu lebih serius dalam mempromosikan single terbaru ini.

“Apatah lagi Hakikat Seorang Pencinta menarik bagi kami kerana dapat bekerjasama dengan Ajai sebagai komposer dan Sheikh Qalam sebagai penulis lirik.

“Jauh di sudut hati, Qalam Band mahu berjaya seperti kumpulan muzik yang meningkat naik masa kini dengan single yang dipertaruhkan,” katanya.

Menurut Izad, apa yang pasti Qalam Band sangat gembira apabila lirik video Hakikat Seorang Pencinta dalam YouTube mencatat 130,000 tontonan dalam tempoh sebulan dimuat naik.

Sementara itu,

Hanif memberitahu sebagai persiapan awal menggiatkan promosi Hakikat Seorang Pencinta, Qalam Band juga tidak kesah perlu berulang-alik antara Perak dan Kuala Lumpur.

“Bukan kami tidak mahu berpindah terus ke Kuala Lumpur tetapi saya dan Izad mempunyai karier sendiri.

“Saya bekerja dalam bidang fotografi dan Izad pula kakitangan kerajaan. Jadi, komitmen untuk karier seni perlu diatur sebaikbaiknya.

“Apapun, mujur Eynol dan Faizwan sangat memahami. Justeru, kami selalunya akan membuat perbincangan.

“Malah dalam satu minggu kami pastikan Qalam Band ada masa untuk berkumpul bersama bagi berkongsi idea dan perancangan untuk karier nyanyian diceburi,” katanya.

Mengulas mengenai susun atur tatarias perabot di rumah Sheikh Qalam, Eynol berkata, semua anggota Qalam Band selesa sepanjang berada di kediaman itu.

“Walaupun padat tetapi susun atur perabot, ruang meja makan boleh dikatakan teratur kemas. Kami juga ada ruang untuk berlatih bermain muzik dan

Anggota Qalam Band berkumpul bincang usaha promosi single baru

QALAM Band dianggotai (dari kiri) Izad, Hanif, Eynol dan Faizwan.

PERHIASAN menarik bulu haiwan yang dibeli di China.

PERALATAN muzik milik Qalam Band.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.