Harian Metro

Perang bisnes Opah Bahulu Lola Cupcake

-

Kisah menarik dua wanita berbeza usia, bersaing dalam mengusahak­an perniagaan masing-masing dengan strategi tersendiri dapat disaksikan menerusi drama Opah Bahulu Lola Cupcake.

Dijayakan Delimawati, Didie Alias, Kazar Saisi, Elly Mazlein, Rykarl Iskandar, Hazeera

Harun Salim Bachik, Along Ezendy dan Syuhaida Abraz, drama komedi ini bakal mengisi slot Panggung Ahad pada 5 November ini, jam 10.05 pagi siaran TV1.

Drama arahan Hashim Rejab ini mengisahka­n perniagaan kuih baulu Opah Semah semakin merudum sejak Lola menjalanka­n perniagaan kek cawan.

Lola berasa amat gembira kerana kek cawan hasil air tangannya diterima orang kampung. Keadaan ini menyebabka­n Lola angkuh dan sombong hingga menimbulka­n perasaan tidak senang dalam kalangan orang kampung.

Opah Semah pula berasa dirinya amat tercabar dengan tindakan Lola. Cucunya, Yop dan Yuni memberi idea untuk membantu Opah Semah mencuba perusahaan baru iaitu coklat.

Pada mulanya, Opah Semah kurang bersetuju kerana tidak yakin akan produk coklat yang kurang mendapat sambutan masyarakat terutama orang di sekitar kampung tersebut.

Namun, Yop dan Yuni berjaya menyakinka­n Opah Semah dengan memberi semangat dan membantuny­a membuat coklat.

Akhirnya Opah Semah berjaya menghasilk­an produk coklatnya dan kini dia membuka kedai bakeri sendiri. Berkat kesabaran Opah Semah, coklatnya mendapat pesanan daripada kerabat diraja.

Pada masa sama, Lola berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhka­n perniagaan coklat Opah Semah. Lola cuba membuat pelbagai muslihat, namun tidak mematahkan semangat Opah Semah untuk mengembang­kan perniagaan­nya.

Sifat dengki dan iri hati Lola terhadap Opah Semah makin menjadi-jadi. Bagaimana kesudahan kisah mereka dalam mengusahak­an perniagaan masing-masing?

 ??  ?? ANTARA babak dalam drama
Opah Bahulu Lola Cupcake.
ANTARA babak dalam drama Opah Bahulu Lola Cupcake.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia