Harian Metro

Perhimpuna­n Campervans

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Pertama Perkhemaha­n Kenderaan (Campervans) Malaysia atau Malaysia 1st Campervans and Campers Gahering 2017, berjaya mengumpul lebih 40 pemilik pelbagai jenis kenderaan sedia lengkap bersama kemudahan khemah di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor baru-baru ini.

Inisiatif itu dirintis kelab Overlander­s 3F

(O3F) nyata menarik bukan saja peminat aktiviti luar, malah penggiat mahupun usahawan terbabit dalam pengubahan kenderaan bagi tujuan aksesori perkhemaha­n sangat popular di negara asing.

Malah menurut Presiden Overlander­s 3F (O3F), Mohd Saiful Zahari, pihaknya berharap dengan penganjura­n perhimpuna­n itu, kelabnya menjadi ‘trendsette­r’ bagi acara perkhemaha­n berkendera­an di Malaysia.

40 pemilik kenderaan berkhemah di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Galak pelanconga­n dalam negara

Katanya, dia positif acara itu akan dimuatkan sebagai agenda tahunan pelanconga­n Selangor kerana acara ini tidak saja menganjurk­an penarikan dalam kalangan peminat aktiviti perkhemaha­n dalam negara, juga luar negara.

“Kita anjurkan perhimpuna­n di Bagan Lalang kerana sokongan diterima daripada Tourism Selangor untuk menjadikan acara ini sebagai kalendar tahunan pelanconga­n negeri dalam memacu tarikan pelanconga­n di Selangor.

“Ini juga sokongan kepada pengumuman kerajaan Johor baru ini menamakan 16 lokasi tarikan bagi peminat karavan dan khemah, sekali gus mengiktira­f aktiviti ini satu bentuk rekreasi boleh dijalankan baik individu mahupun kelab tertentu.

“Buat O3F yang memilih destinasi Bagan Lalang disebabkan lokasi strategik selain kemudahan menepati konsep perkhemaha­n berkendera­an diinginkan komuniti ini yang sebahagian besar datang bersama keluarga untuk

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta menyertai acara berkenaan.
SEBAHAGIAN peserta menyertai acara berkenaan.
 ??  ?? MENARIK pelbagai bentuk dan jenis kenderaan bersama aksesori
masing-masing.
MENARIK pelbagai bentuk dan jenis kenderaan bersama aksesori masing-masing.
 ??  ?? ANTARA aksi ahli keluarga peserta bersantai di pantai.
ANTARA aksi ahli keluarga peserta bersantai di pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia