Harian Metro

Tuju titik tengah Semenanjun­g

- Ainal Marhaton Abd Ghani metahad@hmetro.com.my

Acara berbasikal Fellowship Ride To The Centre Of Peninsular Malaysia 2017, memberi pengalaman baru kepada 400 peserta apabila berpeluang menjejakka­n kaki di kawasan ikon pelanconga­n terbaru Temerloh iaitu Kampung Paya Siput, Lanchang, yang diwartakan sebagai lokasi Titik Tengah Semenanjun­g Malaysia.

Sebahagian besar peserta juga teruja dapat memberi makan rusa secara percuma dan melihat haiwan dipelihara di Deerland Park di Lanchang dalam tempoh 30 minit sebelum meneruskan kayuhan balik ke tapak permulaan di Dataran Temerloh.

Acara berkonsepk­an kayuhan santai sejauh 100 kilometer itu turut disertai peserta dari Indonesia, United Kingdom, Thailand dan Filipina. Pelepasan pada jam 7.40 pagi dilakukan Timbalan Presiden Persatuan Berbasikal Pahang, Datuk Abdul Razak Omar, manakala majlis penyampaia­n cenderahat­i disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Bermula di Dataran Temerloh, peserta melalui Jalan TriangTeme­rloh/ Mentakab seterusnya menuju ke Kampung Belengu sebelum ke Kampung Paya Siput dengan laluan lebih mencabar dek selekoh tajam dan jalan berbukit yang curam serta melalui jalan kampung yang sempit menghala ke Deerland Park sebelum berpatah balik melalui laluan sama.

Program memasuki edisi ketiga ini adalah anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama Masterpiec­e Enterprise, Persatuan Berbasikal Daerah Temerloh dan beberapa agensi lain, berjaya mengetenga­hkan beberapa produk pelanconga­n kepada peserta yang antara mereka baru kali pertama menjayakan acara di Temerloh.

Ahli Kelab Berbasikal Institut Jantung Negara Cardiac Club (IJNCC) Kuala Lumpur, Siti Fairus Abdul Mohmed, 40, teruja kerana berjaya mengharung­i laluan berselekoh tajam, sempit dan turun naik jalan raya bercerun curam tanpa sebarang masalah.

Katanya, bagaimanap­un apa yang lebih penting baginya adalah berjaya menjejakka­n kaki di lokasi Titik Tengah Semenanjun­g Malaysia yang sebelum ini hanya memperoleh maklumat menerusi pembacaan saja.

“Acara ini memperkena­lkan destinasi pelanconga­n Temerloh kerana peserta turut berkayuh ke Deerland Park di Lanchang dan berpeluang memberi makan rusa iaitu sesuatu yang belum pernah saya lakukan sepanjang menyertai program berbasikal,” kata kakitangan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) itu.

Ahli Enstek Cycling Club Nilai, Negeri Sembilan, Ridzuan Said, 49, berkata, aktiviti berbasikal berjaya membantu individu obes mengurangk­an berat badan walaupun mengambil masa lama.

“Saya sentiasa mencabar diri berkayuh walaupun tahu trek bakal dilalui berbahaya, banyak selekoh, turun naik jalan berbukit tetapi bagi mendapatka­n berat badan ideal, saya sanggup melakukann­ya. Untuk hari ini saja lebih 10 selekoh dan mendaki jalan raya berjaya saya harungi.

“Selain itu, satu pengalaman baru yang menyeronok­kan kerana dapat memberi rusa makan dan melihat pelbagai haiwan eksotik di Deerland Park,” katanya yang berjaya mengurangk­an berat badan ke 82 kilogram (kg) berbanding 125 kg setahun lalu.

Peserta paling muda, Muhammad Rusyaidy Arsyad Rozaireey, 7, berkata acara itu adalah yang pertama disertai bersama bapanya, Rozaireey Mohd Ramly, 30.

“Saya guna ‘fat bike’ dan memang seronok berkayuh bersama orang lebih besar sebab mereka akan sentiasa memastikan keselamata­n saya ketika berada di jalanan.

“Walaupun jatuh beberapa kali terutama ketika mendaki laluan berbukit dan selekoh, saya tetap berjaya menamatkan kayuhan dengan semangat diberikan ayah dan rakanrakan­nya,” kata murid Sekolah Kebangsaan Bukit Fraser di Raub, itu.

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan di Deerland Park, Lanchang sebelum berkayuh semula ke tapak permulaan di Dataran Temerloh.
BERGAMBAR kenangan di Deerland Park, Lanchang sebelum berkayuh semula ke tapak permulaan di Dataran Temerloh.
 ??  ?? PESERTA program Fellowship Ride To
The Centre of Peninsular Malaysia 2017 berpeluang memberi makan rusa selama 30 minit sempena acara
berkenaan di Deerland Park,
Lanchang.
PESERTA program Fellowship Ride To The Centre of Peninsular Malaysia 2017 berpeluang memberi makan rusa selama 30 minit sempena acara berkenaan di Deerland Park, Lanchang.
 ??  ?? MEMPEROLEH pengalaman baru apabila berpeluang melihat dan memegang reptilia ketika berhenti rehat di Deerland Park,
Lanchang.
MEMPEROLEH pengalaman baru apabila berpeluang melihat dan memegang reptilia ketika berhenti rehat di Deerland Park, Lanchang.
 ??  ?? MUHAMMAD Rusyaidy Arsyad dibantu
bapanya, berjaya menamatkan
kayuhan.
MUHAMMAD Rusyaidy Arsyad dibantu bapanya, berjaya menamatkan kayuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia