Harian Metro

Pencinta alam teruja

-

Thiltgen sayang kehijauan ibu kota yang berkekalan meskipun moden

menghabisk­an masa di taman, hutan, pantai dan pulau bersama keluargany­a.

1. Kali pertama anda menjejakka­n kaki di Malaysia dan tujuannya?

Saya kali pertama mengunjung­i Malaysia 17 tahun yang lalu kerana menziarahi keluarga teman wanita (kini isteri) yang bekerja dan menetap di negara ini. Saya mengenali isteri yang juga berasal dari Belgium di sebuah universiti di tanah air tetapi dia membesar sepenuhnya di Malaysia kerana tuntutan kerjaya bapanya.

Dalam beberapa kunjungan itu, saya sempat melancong ke beberapa tempat menarik seperti Pulau Perhentian, Pulau Pinang serta Taman Negara. Kemudian, pada 2004 saya datang lagi ke Malaysia apabila isteri menyatakan hasrat untuk menetap di sini. Tambahan pula, saya juga menerima tawaran bekerja di Malaysia, jadi mengapa saya tidak mencuba?

Saya sendiri tidak pernah merancang untuk menetap lama di sini tetapi kini hampir 13 tahun saya berada di Malaysia.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Sebenarnya saya tidak tahu langsung mengenai Malaysia. Kunjungan pertama ke Malaysia pada 2000 adalah kunjungan pertama saya ke rantau Asia.

Sememangny­a sebelum ini, saya berkhidmat dalam bidang rundingan dan melakukan banyak tugasan di benua Eropah tetapi tidak di Asia. Saya sangat teruja untuk berkunjung ke Asia!

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang menetap di Malaysia?

Bagi saya, cabaran utama adalah komunikasi. Ini kerana bahasa ibunda Belgium adalah bahasa Perancis bukan Inggeris. Saya lihat isu ini sebagai peluang kepada saya untuk memperting­katkan penguasaan bahasa Inggeris menerusi percakapan harian dan menghadiri kelas.

Saya bukan individu yang mengagumi kehidupan dan pembanguna­n moden, sebaliknya menghargai keindahan dan kehijauan alam. Saya suka berada di sini terutama di kawasan kediaman ini. Meskipun terletak di ibu kota, lokasi ini dikeliling­i kehijauan pokok dan ia sangat tenang!

Saya harap keindahan ini terus kekal dan diperjuang­kan walaupun dunia kian moden.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Saya dan isteri berkahwin di Malaysia, iaitu di Cherating Club Med berkonsepk­an perkahwina­n pantai pada 2009. Ia satu memori indah buat kami. Saya juga seronok kerana dapat melancong ke seluruh Malaysia menerusi kerjaya sebelum ini.

Selain itu, saya juga mengasaska­n program kesihatan, Tao of Running yang menekankan kombinasi sains neurologi, sains kesihatan jasmani dan mental serta nutrisi menerusi larian.

Larian sebenarnya memiliki kebaikan untuk kesihatan mental dan jasmani manusia, sekali gus membuatkan individu itu tenang dan gembira.

Ini antara usaha saya untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan lebih menggembir­akan. Program ini bakal dilancarka­n tidak lama lagi.

5. Destinasi kegemaran anda?

Oleh kerana saya suka berlari, sekurangku­rangnya lima kali seminggu, saya memilih Taman Tasik Perdana dan Bukit Kiara sebagai lokasi pilihan saya.

Selain itu, saya juga suka ke Pulau Perhentian dan Pulau Pangkor.

6. Sajian tempatan pilihan anda?

Saya sukakan makanan pedas termasuk laksa kari dan car kuetiau. Namun, demi kebaikan kesihatan, saya perlu menjarakka­n pengambila­n makanan enak ini.

7. Malaysia pada mata anda?

Malaysia negara harmoni dan terbuka pada dunia luar. Ia juga kaya dengan masyarakat berbilang kaum, budaya, agama dan gaya hidup tetapi kekal harmoni sebagai satu bangsa dan negara.

 ??  ?? THILTGEN sering menghabisk­an masa di taman. BERSAMA isteri bercuti di lokasi menarik di Malaysia.
THILTGEN sering menghabisk­an masa di taman. BERSAMA isteri bercuti di lokasi menarik di Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia